, , , ,

PENDAFTARAN SESI 2015 AHLI BARU BANTING (BANDAR SAUJANA PUTRA)

Friday, January 02, 2015 Leave a Comment

Pendaftaran boleh dibuat melalui Gurulatihnya, Cikgu Shahril/Along (012-2699991) semasa di gelanggang latihan setiap Ahad, selepas asar.

Latihan mungkin ada perubahan samada sabtu dan ahad atas kekangan kerja Gurulatih tetapi beliau tetap komited untuk membangunkan sahsiah anak-anak ini melalui silat.

Yuran pendaftaran tahunan adalah RM30.00 setahun. Yuran bulanan RM25.00. Tahun ini kami cuba mencari penaja untuk memberikan baju T Shirt percuma kepada ahli yang mendaftar. Jangan lupa tuliskan saiz baju di borang pendaftaran. 

Satu talian grup Whatsapp akan dibuat bagi menyalurkan aktiviti utama melaluinya.Jangan lupa tuliskan nombor handphone anda.

Tahun lepas, beberapa anak kecik daripada Bandar Saujana Putra muncul juara dalam Gayong Fighting Championship (GFC) yang didiadakan di Central Market, Kuala Lumpur.

Tahun ini mungkin anak anda!

2 comments »

  • Anonymous said:  

    Suka tengok perkembangan baik gelanggang sini. Makin ramai dan meriah.

  • Hisham Nazir said:  

    Bertambah lagi tadi Ahlinya. Alhamdullilah

  • Leave your response!