, , , ,

PERSONAL TRAINING DENGAN KAMI

Tuesday, December 23, 2014 Leave a Comment


"Baru selesai personal training silat combat. Pelatihnya seorang berbangsa India. Selain silat, ini antara peluang untuk pelatih kenal adat melayu. Dan apa itu Islam.

Dengan kerja dan gaji yang ada, saya boleh duduk rumah buat duit. Tapi adakah kita nak cari duit, makan dan mati gitu sahaja?


Setakat ini saya ada 3 orang pelatih di bawah latihan Personal Training. Kekadang saya pun segan sebab tubuh pun tak macam dulu. Tapi mereka masih mahu. Semoga Persilatan terus maju" - Shams Bangi


Setakat hari ini, kos personal training dalam apa jua matlamat latihanya, pihak kami telah establish satu sistem dan kos minima sebanyak RM1000.00 bagi latihan selama 30 jam. Mungkin tahun 2015 akan pecah kepada 3 bahagian iaitu sebanyak RM500.00 bagi 15 jam latihan.

Apabila saya mula membuat sistem ini satu ketika dahulu, ramai yang kata saya tidak akan berjaya. Mereka lupa kata-kata saya "saya bukan terbaik, tetapi saya tidak pernah gagal"

Kini sistem telah ada. Kebolehpercayaan kepada pertubuhan dan produk Gurulatih telah diletakkan pada standard yang tinggi. Mungkin akan ada yang bakal berminat untuk ikut cara saya. Semoga ramai ahli kami ingin jadi trainer. Boleh saya rehat!

Kalau kira duit, ia tidak berbaloi untuk saya meluangkan masa untuk semua ini. Tetapi jika kita tidak mulakan, siapa nak mulakan. Semoga usaha kami diberkati dan idea kami menjadi ikutan. 

Maklumat lanju, SILA KLIK

4 comments »

  • Anonymous said:  

    bodi ni kalu nyepak rebah sapa sapa pun. Kalu ikut masa di KB la

  • Ali said:  

    terkenal dengan sistem pelik dan baru dalam silat tapi semuanye berjaya

  • Hisham Nazir said:  

    Sistem pelik sebab orang tak buat lagi. Dah buat, ramai yang tiru

  • Hisham Nazir said:  

    Yang atas tu pernah kena sepak masa di Kota Bharu ke?

  • Leave your response!