,

Ringkasan Arwah Meor Abdul Aziz

Wednesday, June 13, 2012 Leave a Comment

Gambar dari koleksi Arwah Cikgu Ismail Mansor

Arwah Meor Abdul Aziz (AMAA) adalah abang kepada Arwah Meor Abdul Rahman (ADMAR). Kedua mereka mewarisi Silat Sendi Harimau daripada warisan keluarga beliau yang kemudiannya didaftarkan dan diasaskan oleh ADMAR atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

AMAA bertugas sebagai kastam. Atas sebab kerja berkenaan, beliau tinggal di Pulau Pinang dan kebanyakan murid beliau adalah daripada bekas pekerja kastam dan askar di kawasan sekitar.

AMAA mempunyai 2 orang isteri tetapi kedua-duanya tidak mempunyai zuriat tetapi mempunyai seorang anak angkat yang dipanggil sebagai Enot. Tidak diketahui di mana Enot berada sekarang. Ada sumber menyatakan terdapatnya anak angkat yang lain. Kedua-dua isteri telah meninggal dunia. 

AMAA semasa hayat adalah seorang kuat amalannya dan menitikberatkan amalan dan zikir ke atas anak muridnya. Ini menyebabkan produk gurulatih daripada AMAA agak berbeza dari sudut persepsi dan agak alim sekiranya dilihat pada beberapa anak muridnya.

AMAA seorang yang berkebolehan dalam mengubati penyakit dan doanya mudah makbul. Namun beliau turut dikatakan terkena kanser oleh doktor dan mati di samping isteri dan anak muridnya di Pulau Pinang.

Jenazah AMAA dibawa daripada Pulau Pinang ke rumah orang tuanya di Taiping dan disemadikan beberapa kilometer daripada rumah berkenaan iaitu di Tanah Perkuburan Ayer Kuning. Tempat ini berbeza dengan tanah perkuburan ADMAR dan Daeng Kuning.

Nota: Lain-lain isu yang dirasakan ada tertinggal boleh hubungi pihak kami kerana tidak semua fakta yang ada boleh kami pamerkan secara umum.

0 comments »

Leave your response!