, , , , , , ,

Tahlil Arwah Ismail Mansor Pada 28.04.2012

Tuesday, May 15, 2012 Leave a Comment

Satunya lawatan dan kehadiran Seni Gayong ke rumah Arwah Ismail Mansor adlah pada sekitar 1977-78 apabila ADMAR sendiri menjejak kaki kali pertama atas beberapa sebab yang kemudiannya Arwah memaklumkan kepada isterinya akan ke Kedah dengan ADMAR buat sementara waktu.

Selepas kali pertama itu, tiada lagi kehadiran Anak Gayong lain selain anak murid Arwah Ismail Mansur sendiri daripada 2 gelanggang Seni Gayong yang dilatih sendiri oleh Arwah Ismail Mansur di Gombak. 

Biarpun bengis dan tegas orangnya, Arwah cukup dikenali dengan keberanian (kalau tahu pasal 13 Mei dia, berdiri bulu roma kita) dan kependekarannya. Malah hubungan baiknya dengan semua orang amat dikagumi apatah lagi beliau yang kaki masjid dan terlalu banyak meluangkan masa di Masjid. Arwah amat suka solat malam dan qiamulllail.

Hanya selepas dimaklumkan kematian Arwah, KSSG cuba mendapatkan kebenaran hadir ke rumah Arwah yang sememangnya kami telah ketahui di sekitar Kampung Nakhoda, Gombak. Pada ketika itu Isteri Arwah kelihatan sedih pada kali pertama KSSG hadir kerana kami Anak Gayong kedua hadir selepas ADMAR dan itupun selepas 34 tahun kemudiannya. Lagi sedih melihat baju kami, kata Makcik "Arwah pergi mengajar pakai baju ada NAGA". 

Kagum kami kepada sifat Arwah yang tidak mahu menunjuk.


Banyak gambar sekitar Tahlil Arwah Cikgu Ismail Mansor tetapi Cikgu Abu suka snap ke arah pakcik yang tenang wajahnya ini. Dia mungkin bukan orang Gayong tetapi ilmunya sebahagian daripada Gayong. Orang ringkas, rahsianya mungkin dibawa mati.

Setiap perjalanan KSSG, akan ada banyak rahsia KSSG kutip dan jadikan simpanan peribadi ahli KSSG yang turut serta. 

0 comments »

Leave your response!