Mohon Maaf Daripada Cikgu Shams & Warga KSSG

Saturday, November 05, 2011 Leave a Comment

Gambar: Arwah bapa saya walaupun semasa sakit sempat saya bawa melawat bapa beliau yang sedang sakit. Pemergian mereka selang tidak lama. Semoga Allah SWT jua merahmati mereka.

Pihak saya memohon maaf kerana dalam bulan September sehingga Oktober 2011 banyak masa dihabiskan bagi tujuan lain dan bebanan kerja yang berat pada tempoh berkenaan. Dengan masalah kerja dan kesihatan Arwah abah saya, banyak gelanggang diabaikan dalam aspek kelewatan kehadiran termasuk terpaksa digantikan hari dan gurulatih yang lain. Malah ada kelas terpaksa dibatalkan.

Kepada semua pesilat dan gelanggang menerima tempiasnya, saya memohon maaf dan InsyaAllah selepas Aidil Adha kelas silat akan berjalan seperti biasa.

Mungkin aspek disiplin pada bulan-bulan tersebut agak kucar kacir sehingga terlewat hadir. Malah atas yang mengetahui masalah saya juga ada yang berpandangan kelas saya dibatalkan sedangkan saya hadir dari jauh. Ada juga yang saya hadir tetapi tiada pelajar hadir atas kebarangkalian mereka ingatkan saya tiada di sini atau membatalkan kelas berdasarkan kelewatan atau gantian kelas sebelumnya.

Dengan dukacita juga saya juga ingin memaklumkan bahawa Abah saya iaitu MOHD NAZIR ZAKARIA telah pulang ke rahmatullah pada 13.10.2011 yang lepas iaitu malam jumaat semasa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas terpaksa uruskan beberapa kes Bicara di Lembah Klang.

Secara peribadi saya mohon doa yang baik kepada Arwah abah saya agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diredhai.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu menggantikan kelas saya dan hadir ke kelas saya bagi menggantikan saya semasa bulan-bulan berkenaan seperti Cikgu Along, Cikgu Abu dan Cikgu Hazil. Begitu juga pelapis pembantu jurulatih KSSG seperti Faiz Faqih (kini rehat patah tangan) dan Nazrin Shah yang turut membantu mengantikan kelas saya beberapa kali.

Saya mohon maaf sekiranya dalam perjalanan urusan bulan-bulan berkenaan, saya ada bermasam muka, meninggikan suara mahupun apa jua keburukan daripada saya. Saya harap perjalanan silat melalui KSSG akan lebih aktif dan memberikan sinar baru dalam melahirkan generasi intelek dan berwawasan serta mempunyai jatidiri.

Alhamdullilah, semoga perancangan terkini yang dibincangkan baru-baru ini akan dilaksanakan dengan penuh kerjasama daripada semua.

SHAMSBANGI

1 comments »

  • al-Mustafa said:  

    Assalamu'alaikum,
    Takziah dari saya kepada keluarga Cikgu Sham. Semoga segala amalan arwah d terima ALLAH (swt) hendak nya

    Salam,
    Iqqhuan Ng

  • Leave your response!