Kembara Ke Selatan Oktober 2011

Wednesday, October 12, 2011 Leave a Comment


Pada minggu lepas KSSG sekali lagi membuat Kembara ke selatan bersama dengan dua gurulatih senior yang bukan daripada kelab kami mahupun PSSPGM. Tetapi rombongan kelab diketuai oleh Cikgu Abu dan Cikgu Hazil memandangkan Cikgu Shams tidak dapat ikut serta atas beberapa sebab peribadi terpaksa berada di luar kawasan.

Lawatan kepada guru tua ini diteruskan bersama rombongan daripada 2 gelanggang yang lain. Tahun ini umur lelaki tua yang digeruni zaman mudanya telah pun berusia melebihi 100 tahun. Dalam merapatkan ukhuwah yang telah dibina oleh kelab bersama guru tua ini, kami menghadirkan diri ke sana dengan dasar ziarah dan rindu untuk bertemu dan bercerita.

Lelaki yang dipanggil abang oleh ADMAR dan ayah oleh anak-anak murid dan anak angkat ADMAR masih sihat biarpun melampaui umur 100 tahun dan masih bersemangat bercerita mengenai silat dan amalannya.

Buat semua yang mengikuti rombongan Kembara tersebut pada minggu lepas, itu adalah rezeki kamu kerana intipati kembara tidak akan dinyatakan dan dikongsi dengan mana-mana Anak Gayong dan pembaca kssgayong.com yang lain. Semoga pengalaman hadir ke sana yang penuh dengan cabaran itu akan memberikan satu pengalaman baru dari sudut pandangan kepada silat mahupun intipatinya dalam menjana insan muslim yang lebih baik.

3 comments »

  • Anonymous said:  

    den dh sdaya upaya..tp xdo rezki, mgkin laen kali insyaallah...

  • shams said:  

    InsyaAllah dipermudahkan Allah

  • blog malam said:  

    hi.. just dropping by here... have a nice day!
    Cara Mengobati Maag Kronis

  • Leave your response!