, ,

Kelas Khas & Persendirian (Personal Training)

Wednesday, May 11, 2011 Leave a Comment

TERBUKA KEPADA MANA-MANA JANTINA & BANGSA

Semenjak 2009, pihak kelab sentiasa menerima pertanyaan samada kelas khas dan persendirian ada dilakukan oleh pihak KSSG. Jawapannya ialah pihak kami ada mengadakan kelas sedemikian yang mana keahlian latihan adalah dalam kumpulan kecil tidak melebihi 4 orang (maksima) mahupun seorang (minima) sahaja. Disyaratkan kesemua ahli latihan dikenali dan pihak KSSG tidak menggabungkan mana-mana ahli lain kepada kumpulan yang lain.

Latihan yang diadakan dikendalikan dan boleh dipilih gurulatih berdasarkan hari latihan yang mana latihan adalah malam dan petang sahaja. Latihan berdasarkan jam latihan iaitu biasanya melibatkan 30 jam latihan kardio, stamina dan beladiri di bawah seorang gurulatih tetap bagi satu pakej latihan. 

Latihan adalah secara persendirian dan diadakan secara tertutup. Tiada laporan dan aktiviti sedemikian akan dilaporkan secara terbuka atau direkodkan secara umum. Semua latihan adalah rahsia bagi keselesaan ahli latihan. Latihan hanya dibuka kepada orang awam yang tiada asas sahaja tetapi memerlukan latihan intensif atas beberapa sebab tertentu. Latihan kepada mereka yang ada asas senibeladiri atau latihan intensif tertentu, boleh rujuk kepada masa latihan biasa.

Antara penyertaan yang biasa diterima adalah bagi tujuan berkenaan:
  • Meningkatkan keyakinan;
  • Kuruskan badan;
  • Aktiviti senaman dan menyihatkan tubuh;
  • Menghilangkan dan mengurangkan tekanan (stress);
  • Mempelajari asas senibeladiri dalam kaedah segera;
  • Membaiki asas senibeladiri untuk kerjaya seperti pelakon;


KELAS KHAS & PERSENDIRIAN
GELANGGANG PUSAT KSSG, BANDAR PUSAT PUCHONG
HUBUNGI: 014-9933774


7 comments »

  • danial said:  

    bab kuruskan kan bdn tuh den sokong

  • Admin said:  

    sebab ekao dah kurus sebagaimana yang ekao nak. Tapi ikut training silibus biasa.. air halia satu!

  • Admin said:  

    Buat masa ini KSSG dah melatih beberapa personal dan tiada lagi latihan khas bagi kumpulan (bukan seminar beladiri). Harap mendapat sokongan semua pihak kepada silat

  • Admin said:  

    KIta dah ada rakan berbangsa cina non muslim join kita dalam modul tersebut.

  • Anonymous said:  

    macam mana nak join kelas ni dan yuran tu brapa ye?

  • diver87 said:  

    Masih ada kelas lg. Sy mahu join

  • diver87 said:  

    Masih ada kelas lg. Sy mahu join

  • Leave your response!