, ,

Cikgu (Ustaz) Ismail Limbong Meninggal Dunia.

Sunday, May 08, 2011 Leave a Comment


Dimaklumkan oleh rakan-rakan dan melalui beberapa blog PSSGM Limbong yang Ayahanda Ustaz Ismail yang cukup dikenali sebagai Haji Kedah dan Mail Limbong meninggal dunia pada 07.05.2011 dan dikebumikan pagi ini.

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu telahpun dimaklumkan sebelum ini mengenai penyakit arwah dan agak tenat berada di rumah beliau di Limbong, Kedah.

Dalam perjalanan seterusnya ke Kedah, pihak kami amat berharap dapat jumpa dengan beliau sebagai perkenalan dengan seorang guru lama tetapi perancangan Allah SWT lebih baik.

Harap kegurulatihan dan pentadbiran akan terus maju di bawah peninggalan Arwah dan diteruskan dengan pewaris sedia ada.

Sesama kita doakan agar Arwah ditempatkan di tempat mereka yang soleh dan diredhai Allah SWT. Amin.






1 comments »

  • kasturi said:  

    pihak gayong limbong mengucapkan terima kasih atas sebaran maklumat ini....

  • Leave your response!