, , ,

Latihan Khamis Di KSSG Pusat Akan Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Cikgu Besi

Sunday, April 17, 2011 Leave a Comment


Pada minggu lepas atas permintaan dan sokongan ahli dewasa setelah melakukan perbincangan di gelanggang dan juga di meja "khatam", maka keputusan sepakat meja khatam dan Cikgu Shams membenarkan latihan khamis di Gelanggang KSSG Pusat yang sebelum ini dikendalikan oleh Cikgu Shams.

Latihan pertama pada khamis lalu iaitu pada 15.04.2011 dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Besi yang berasal daripada Utara itu. Beberapa teknik latihan stamina dan kekuatan diteruskan sebagaimana yang ditetapkan kecuali bilangannya telah bertambah 100%. 

Sebagaimana latihan Isnin oleh Cikgu Hazil berorientasikan latihan silibus dan latihan am, latihan Cikgu Besi akan menitik beratkan latihan silibus dan juga latihan am. Latihan am yang dimaklumkan setakat ini menjurus kepada gerakan (form), tari silat (silibus Gayong dan bukan) serta lompatan.

Minggu hadapan latihan am Cikgu Besi akan menumpukan kepada lompatan iaitu handspring atau teknik harimau mendahan ranting. Latihan silibus seperti biasa.

Nota: Jangan tanya dua perkara. Pertama- Apa nama Cikgu Besi. Kedua- Jangan tanya apa itu khatam atau meja khatam.



3 comments »

  • hizb addeen said:  

    as-salam...
    saya berminat utk mempelajari silat gayong ni, boleh saya tau ada tak gelanggang PSSGM kat area sungai buloh?
    saya seorang pelajar dan free hanya weekend..harapnya ada kelas yang diadakan pada hujung minggu dan berhampiran kolej.syukran.

  • Admin said:  

    salam, saya cuba fahami kesibukan itu dan rasanya pelatih kami yg lain yg ada keluarga dan kerjaya lagi sibuk. Untuk belajar suatu perkara kamu perlu ada pengorbanan masa dan wang. Selain itu minat dan taat perlu dipupuk.

    tiada komitmen itu, jangan fikirkan soal ilmu.

  • Anonymous said:  

    Mintak nyawa..... mintak nyawa....

  • Leave your response!