, ,

Kegurulatihan: Penting Mana Ilmu Kebatinan, Kerohanian & Prioritinya

Friday, April 01, 2011 Leave a Comment


Ada orang bertanyakan saya; 
"Kenapa Cikgu tidak berkongsi mengenai amalan kebatinan dan amalan cikgu belajar di web ini?"
Saya telah menjawab
"Pertamanya saya bukan ahli dalam perkara tersebut dan eloklah mencari guru yang mursyid mengenainya. Keduanya, saya bukan hebat dalam amalan kebatinan untuk bercerita atau mendabik dada kononnya ada atau pernah belajar itu dan ini. Ketiganya, matlamat saya dalam silat Seni Gayong adalah berbeza. Matlamat saya sebagaimana motto KSSG di atas. Kalau boleh membaiki apa yang patut dalam sosial masyarakat seagama saya, saya bersyukur agar itu boleh menampung selepas mati saya."
Saya amat berharap baik kepada ahli KSSG mahupun rakan-rakan yang lain menetapkan matlamat dalam silat. Sebab apa yang saya belajar "hebat-hebat pun mati" yang paling penting dalam bersilat "selepas mati masih berpahala". Itu jawapan yang saya ajak berfikir dan alasan saya sendiri untuk kuat semangat dalam bergelanggang bersama remaja dan anak-anak kecil.

Cuba dengar dan perhatikan apa kata Ustaz Azhar Idrus.





2 comments »

  • narapatinantaboga said:  

    salaaam...

    ambo gak, suko benar kalu abe sham menulis. betul hok abe sham huraikan tu. setinggi mana ilmu dicari, kena balik pada maksud asal kejadian kita....

  • Admin said:  

    Terima kasih. ekkadang kita terlupa, saya tukang cucuh jah!

  • Leave your response!