, ,

Solat Jemaah, Latihan Silat & Lepak Mendengar Cerita Orang-Orang Lama Seni Gayong di Surau Al Syakirin

Thursday, March 17, 2011 Leave a Comment


Alhamdullilah, walaupun sessi penggambaran dibatalkan pada saat-saat akhir tetapi beberapa gurulatih hadir pada malam tersebut dan turut bersama semasa latihan di Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama.

Minggu ini boleh dikatakan pendaftaran baru mula ramai dan kini telah mencecah keahlian hampir 20 orang dalam 2 minggu latihan. Terima kasih juga kepada pihak penjaga yang turut menunggu di anjung surau dengan lepak bersama pentadbir surau sambil dihidangkan minuman oleh pihak surau.

Pelaksanaan masa latihan bermula 8.30 malam secara rasmi nampaknya tidak menjadi masalah kepada anak-anak Gayong di Surau Al Syakirin dan mereka hadir untuk solat berjemaah pada malam ini. Alhamdullilah, semoga jumlah pertambahan jemaah kanak-kanak akan turut membawa para ibu bapa mereka ke surau lebih kerap.

Selepas latihan, beberapa gurulatih dan pesilat mengambil kesempatan minum dan santai dengan hidangan pihak surau bersama seorang orang lama Seni Gayong yang pernah mendapat didikan terus daripada tangan ADMAR dan menjadi gurulatih Seni Gayong di Taiping suatu ketika dahulu.

Dalam lawak dan berjenaka, kami bercerita tentang perangai ADMAR dan Seni Gayong yang dibawanya. Jenaka dan kisah mengenai ADMAR sedikit sebanyak memberikan kenal kami kepada ADMAR melalui orang lama ini. Kami juga bercerita mengenai orang-orang lama yang lain dan isu politik silat ini. Sekali sekali melihat kerinduan di mata orang lama ini.

2 comments »

  • al-Mustafa said:  

    Mendengar bicara dr veteran ini , mendatangkan idea tentang cara mengelakkan barang-barang lama yang hilang tidak jaga rapi.
    Apa kata KSSG memulakan projek mendapatkan brg spt cendeahati pakaian atau artifek berkait Gayong.Utk di simpan.Begitu juga temubual bersama orang lama.Walau bukan secara rasmi.Cukup lah sekadar catatan jurnal...

    Suatu hari kelak kita boleh mendirikan muzium Gayong atau sekurang-kurang nya arkib Gayong. Sekurang-kurang nya , setelah kita tiada lagi.Anak-anak Gayong tidak perlu ke luar negara dan bertanya "guru" asing tentang Gayong.

    Manusia tidak akan kekal,ilmu Allah jua yang kekal...

  • Admin said:  

    temubual dengan org lama memang kami dah buat lama dan kami panggil sebagai KEMBARA KSSG.

    Intipati bualan menjadi simpanan anak gayong. Sukahati awak nak dokumenkan atau tidak tetapi ianya bersifat peribadi.

    Jangan publish mana-mana. Kami buat kembara, cerita untuk ingatan sendiri.

  • Leave your response!