, ,

Memasukkan Solat Jemaah Ke Dalam Masa Latihan Silat Seni Gayong Anjuran KSSG

Thursday, March 10, 2011 Leave a Comment

Gambar gurulatih-gurulatih KSSG semasa Kembara Darul Atiq, Kuala Kubu Bharu bersama Ustaz Ghazali Hasbullah (Abuya) & Ustaz Safar.

Bermula daripada 08.03.2011, pihak Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) akan menukar beberapa waktu latihan silat di beberapa gelanggang kepada waktu latihan yang baru. Ini kerana beberapa masa latihan akan diawalkan terlebih sedikit bagi memberikan laluan kepada solat berjemaah di gelanggang atau berhampiran gelanggang silat. Antara gelanggang yang terlibat dan masa latihannya ialah:

Gelanggang Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama
Hari latihan: Setiap Selasa
Masa latihan: 8.30malam - 10.45malam
Tempat: Surau Al Syakirin (Surau Jumaat)Taman Puchong Utama
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Isyak berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Gelanggang Masjid As Salam, Puchong Perdana
Hari latihan: Setiap Rabu
Masa latihan: 8.30malam - 10.45malam
Tempat: Masjid As Salam, Puchong Perdana
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Isyak berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.


Gelanggang Masjid Kota Damansara
Hari latihan: Setiap Ahad
Masa latihan: 4.30petang - 6.30petang
Tempat: Masjid Kota Damansara
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Asar berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Gelanggang Surau Al Hidayah, Saujana Putra Kuala Langat
Hari latihan: Setiap Sabtu
Masa latihan: 4.30petang - 6.30petang
Tempat: Surau Al Hidayah (Surau Jumaat), Bandar Saujana Putra, Kuala Langat
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Asar berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam
Hari latihan: Setiap Jumaat
Masa latihan: 8.30malam - 10.45 malam
Tempat: Dewan Angsana, Seksyen 8 & Solat Jemaah di Surau Ar Rahmah (sebelah dewan)
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Isyak berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Harap para gurulatih dapat memberikan kerjasama yang baik dan memberikan contoh yang baik kepada pesilat.


4 comments »

  • al-Mustafa said:  

    Saya sentiasa memantau kehadiran pelatih d dalam solat jemaah. Pernah menegur dan memarahi pelatih yg enggan bersolat.

  • Azizan Ibrahim said:  

    Alhamdulillah....kaedah berhikmah dalam dakwah......

  • Admin said:  

    alhamdullilah

  • Admin said:  

    sebenarnya memang mereka telah sembahyang jemaah di masjid dan surau kecuali gelanggang shah alam tetapi untuk merasmikan lagi dan termasuk bahagian dakwah kepada ibu bapa. Alhamdullilah, kerana itu semalam masjid as salam penuh dengan dewasa mak ayah apabila latihan dibuat sedemikian.

    Bila ramai sangat tu, gurulatih dia buat bodoh saja.. budak2 tetap kena dera depan mak ayah depa. Mak ayah siap tolong gelakkan!

  • Leave your response!