, ,

Latihan Silat Seni Gayong Di Seri Kembangan Setiap Ahad, 9.00pagi

Wednesday, March 09, 2011 Leave a Comment


Untuk makluman semua, pendaftaran Silat Seni Gayong yang dibuat antara KSSG dengan jemputan dan permohonan pihak Ustaz Hassan, Sekolah Agama Darul Huffaz dan Surau Vista Villa telahpun dipersetujui untuk membuka satu gelanggang Silat Seni Gayong di Seri Kembangan.

Perjumpaan sebelum ini bersetuju untuk membuka kelas untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Bagaimanapun satu kelas sahaja akan dibuat masa ini sehingga mendapat respon yang ramai daripada kalangan dewasa. Atas permintaan dan pertanyaan yang agak teruja daripada para penjaga, kelas akan dimulakan pada minggu depan.

Butiran latihan dan kelas adalah seperti berikut:

Masa: Setiap Ahad, 9.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Vista Villa Condo
Hubungi: 014-9933774

Mengenai tempat, selepas Pasar Borong Selangor akan jumpa satu simpang lampu isyarat. Disebelah kiri ada JUSCO dan Vista Villa adalah sebelah kanan yang anda boleh lihat ditepinya ada tangki air besar. Belok ke kanan dan belok ke kiri semasa di bulatan. Nyatakan tujuan anda kepada jaga condo berkenaan. Dewan hanya dekat dengan pintu utama. Kenderaan boleh diletakkan di luar pagar.



1 comments »

  • al-Mustafa said:  

    Saya tumpang bangga. Silat mula mendapat tempat di kondo.

  • Leave your response!