, ,

Kempen Menjadi Ahli Kehormat Kelab Silat Seni Gayong (KSSG)

Tuesday, March 29, 2011 Leave a Comment


Pihak Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) menjemput para rakan seperjuang dalam mana-mana pertubuhan Seni Gayong untuk sertai kami di dalam KSSG melalui keahlian kehormat. 

Kempen keahlian ini dibuat bagi merapatkan perpaduan antara pertubuhan Seni Gayong dan sekali gus mengumpul dana kecil iaitu RM15.00 seorang bagi membuat satu program besar di akhir tahun nanti. Program besar berkenaan akan dirahsiakan buat masa ini dan akan dilaksanakan sekiranya mendapat dana dan sokongan yang mencukupi. 

Kempen keahlian kehormat ini hanyalah serendah RM25.00 seorang sahaja (tidak termasuk RM5.00 kos pos). Jika diluluskan oleh pihak kami, anda akan diberikan kad keahlian tahunan dan juga satu t-shirt KSSG. Sila klik untuk melihat item.

Caranya anda boleh emailkan permohonan anda ke admin@kssgayong.com dan pihak kami akan emailkan borang untuk di isikan. Setelah pihak KSSG menerima borang dan pembayaran tersebut, keahlian akan diproses.

Proses pengambilan ahli kehormat ini telah pun bermula dan telah ada permohonan yang telah diterima.




1 comments »

  • al-Mustafa said:  

    Moga boleh di buat semacam "PEKAN SILAT" .Blh undang Silat dari luar dan dalam negara...

  • Leave your response!