,

Tayangan Slot KSSG Dalam Majalah 3 Pada Sabtu, 19.02.2011

Thursday, February 17, 2011 Leave a Comment

Alhamdullilah selama beberapa bulan Anak-Anak Gayong seluruh Malaysia banyak bertanya melalui Facebook mahupun SMS pihak kami mengenai slot KSSG di dalam Majalah 3, maka kami ingin memaklumkan bahawa slot dan pengambaran yang telah dibuat itu akan ditayangkan pada minggu ini.

Penerbit Majalah 3 sendiri ada SMS pihak Cikgu Shams pada malam tayangan Majalah 3 berkenaan gendang silat Gemala Kasturi dan selepas selesai penggambaran KSSG untuk satu program Radio Televisyen Malaysia (RTM), Encik Amin, penerbit Majalah3 sekali lagi memaklumkan mengenainya melalui telefon.

Menurutnya, Gendang silat dan Silat di asingkan walaupun pada awalnya patut disiar secara bersama dalam satu slot iaitu 30 minit. Tetapi kerana berita dan cerita yang agak panjang maka 2 slot telah dijadikan secara berasingan.

Menurut beliau juga pengambaran di Masjid As Salam terpaksa dipotong banyak kerana pengambaran dan sumber yang terlalu banyak dan padat untuk dimuatkan kesemuanya. Kami tidak pasti bagaimana rupanya perjalanan cerita itu nanti, sama-sama lah kita menuunggunya. Apa pun terima kasih atas sokongan berpanjangan anda semua kepada pihak kami.

Pihak kami berharap dengan apa yang KSSG telah buat akan memberikan laluan mudah kepada Silat Seni Gayong untuk terus ke depan. Dalam masa yang sama pihak-pihak gelanggang lain turut menerima tempias baiknya..

Cerita tambahan mengenai pengambaran KSSG di Majalah 3 -





3 comments »

  • Admin said:  

    Ramai yg share di Facebook ni. Standby la kita hari ahad... kena kutuk

  • Admin said:  

    Encik Amin, Penerbit Majalah 3 SMS lagi tadi. Mengenai rancangan M3 esok. nampaknya beria benar dia.. kami kecut macamanalah rupanya.

  • wartawansenja said:  

    Kagum saya melihat pada perkembangan dan nama baik kelab ini diekpressikan dalam masa 3 tahun sahaja. Pertubuhan mahupun Gurun tidak mampu sedemikian.

  • Leave your response!