, , ,

Penubuhan Gelanggang Silat Seni Gayong di Surau Syakirin, Puchong Utama

Tuesday, January 25, 2011 Leave a Comment


Semalam pihak Imam Surau Syakirin, Puchong Utama bersama Ketua Belia Surau, Abang Wan sempat meluangkan bersama kami dalam membincangkan isu pembukaan gelanggang silat di Surau Syakirin Puchong Utama yang telah dimohon oleh pihak surau semenjak sebelum Ramadhan tahun lepas.

Dalam perbincangan tersebut, pada mula ada cadangan untuk melaksanakan latihan pada hari minggu tetapi kemungkinan cadangan kami akan diterima setelah dipersetujui oleh Ahli jawatankuasa Surau Syakirin bagi membolehkan latihan dibuat di sebelah malam pada hari biasa/bekerja.

Antara lain cadangan tersebut dikemukakan ialah bagi praktikkan matlamat kami sebagaimana di Masjid As Salam dan Masjid Kota Damansara serta Surau Ar Rahmah (Shah Alam) yang mana sebelum latihan silat, ahli atau keluarga boleh singgah untuk sembahyang maghrib atau sekurang-kurangnya isyak berjemaah dan serba sedikit akan memberikan kelebihan kepada kunjungan masyarakat ke surau bagi solat jemaah mahupun kuliah maghrib yang biasa diadakan pada selepas maghrib pada hari bekerja.

Dalam perbincangan tersebut, pihak kelab turut memberikan cadangan dan pelaksanaan gelanggang yang melibatkan surau dan masjid di bawah kelolaan kelab kami. Alhamdullilah. Saranan dan pelaksanaan yang kami telah laksanakan nampaknya sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada dua pihak.

Dalam perbincangan semalam juga, isu yuran bulanan dan tahunan tidak menjadi masalah dan InsyaAllah pihak kelab akan mula memasang banner dalam masa terdekat. Setakat ini belum lagi dipromosikan tetapi sudah ada 10 orang ahli yang sedia ada kini berlatih di beberapa gelanggang lain.

Perbincangan dengan pelatih dewasa semalam, kemungkinan gelanggang tersebut akan diuruskan oleh Abang Radzlan atau Abang Nick "DiGi".

4 comments »

  • Anonymous said:  

    tahniah bros KSSG. korang memang top la. langgar tak rebah ni

  • shams said:  

    Terima kasih. Langgar rebah lagi. Tapak tidak kuat..

  • Anonymous said:  

    dipanjangkan kepada penduduk puchong

  • al-Mustafa said:  

    SELAMAT BERJAYA! KONG XI FA CHAI!!

  • Leave your response!