, , ,

Harapan Dan Kenangan 2010. Semua Azam Tercapai?

Wednesday, December 29, 2010 Leave a Comment


Tahun 2010 akan menutup tirainya dalam masa 2 hari lagi. Masing-masing sibuk dengan perancangan cuti dan bergembira. Malah tidak ketinggalan dengan azam yang ditanam setiap tahun. Persoalannnya tercapaikah azam 2010?

Perlaksanaan program KSSG dalam 2010 adalah menjuruskan kepada matlamat utama dalam mendidik generasi muda dan masyarakat muslim dalam soal sikap, akademik dan ekonomi. Melalui aktiviti yang dilakukan, boleh saya simpulkan bahawa kesemua itu dapat dirasakan melalui program pada tahun ini. Dalam mengatur aktiviti, saya lebih menumpukan agar KSSG lebih dihormati kerana disiplin dan komitmen.

Program Kembara masih diteruskan dengan meneruskan tradisi hormat menghormati sekaligus mencari ruang tolenrasi dalam pembangunan Seni Gayong.

Program Gelanggang dalam membuka dan memberi peluang kepada masyarakat setempat mempelajari dan memahami erti kata sebenar silat dan didikannya. Alhamdullilah, para penjaga dan masyarakat melayu yang dominan kepada silat sendiri sudah mula faham apa matlamat kami dan perjuangan kami melalui Seni Gayong sekali gus memahami perjuangan dan hasil didikan silat kepada masyarakat muslim terdahulu.

Dalam keterujaan mengembangkan Seni Gayong dan didikannya kepada masyarakat, kami sanggup jika ada yang mmeberikan kerjasama dan tidak merugikan masa serta tidak memesongkan matlamat kami. Tetapi sekiranya ada halangan baik tiada kerjasama yang baik dalam melaksanakan misi kami, kami mungkin terpaksa menutup gelanggang dan meneruskan ditempat yang baru. Kami sanggup dan lebih baik dengan tindakan sedemikian daripada merugikan masa yang mana telahpun banyak dirugikan oleh masyarakat kita sendiri tidak sedar mengenai didikan silat sebagai didikan sampingan.

Program Team Demo Tahunan turut diteruskan pada 2010 dengan kejayaan yang agak baik walaupun tidak sebaik pada tahun 2008 dari sudut progress jemputan tetapi Alhamdullilah jemputan demontrasi silat kepada KSSG terutama Team Demo Remaja amat memberansangkan. 

Malah kebanyakan penonton tidak percaya mereka mampu bermain senjata tajam dalam masa 2 bulan selepas dilatih 1 kali setiap minggu walaupun mereka tidak mempunyai asas silat sebelum ini. Alhamdullilah ia bukan sahaja komitmen pelatih tetapi terima kasih juga kepada komitmen para ibu bapa. Mereka amat memahami.

Program Lasak turut dirancangkan tetapi kesuntukan masa yang amat, beberapa program dilaksanakan seperti latihan sparring khas di Perdana Gayong selama sebulan bagi melatih stamina sehingga mereka dilepaskan untuk sparring selama seminit penuh daripada 1 melawan 1 sehingga 1 melawan 8.

Selain itu, program sparring ini dibuat juga melalui latihan di gelanggang. Manakala yang dewasa dilatih semasa latihan sabtu ataupun latihan biasa serta latihan khas untuk menyertai pertandingan silat olahraga. Alhamdullilah, tahun ini KSSG dapat menghantar beberapa wakil untuk menyertai pertandingan silat peringkat Negeri Selangor. Biarpun ada banyak halangannya, terima kasih kepada mereka yang membantu terutama Cikgu Wan daripada Puncak Alam, Selangor. 

Program Makan-Makan. Ini program yang paling menarik dalam KSSG, kerana setiap program sebenarnya ada program sebegini. Tetapi beberapa program makan-makan seperti Majlis Silaturrahim dan Aidilfitri serta jamuan berbuka puasa menjadi kewajiban bukan setakat merapatkan hubungan antara ahli tetapi turut melibatkan pihak luar seperti pertubuhan lain dan para penjaga.

Malah gelanggang dan pejabat KSSG juga telah berjaya direalitikan pada 2008 iaitu 2 tahun awal daripada jangkaan. 2010 pula telah membesarkan lagi saiz tempat latihan di KSSG kepada hampir 2 kali ganda yang sebelumnya. Alhamdullilah.

Selain daripada itu, Program Kebajikan seperti menjuruskan kepada derma dan sedekah melalui lebihan belanja program-program KSSG telah dimulakan kepada Darul Atiq dan beberapa yang lain. Malah Darul Fuqaha juga telah bersetuju untuk aktiviti bersama KSSG tetapi mungkin pada cuti sekolah akan datang kerana jadual kami terlalu padat dengan aktiviti sedia ada.

Rentetan bagi menjimatkan wang KSSG, Tabung Derma telah disediakan yang mana sehingga kini dapat mengumpulkan lebih RM2000.00. Sebahagiannya telah didermakan kepada Darul Atiq dan sebahagiannya masih di dalam tabung berkenaan. Sumber kebanyakannya daripada ahli dewasa, Team Demo Remaja, Derma Program seperti mandi minya baru-baru ini, derma gurulatih daripada duit hak gurulatih bagi examiner (hak ini ditentukan oleh KSSG).

Banyak lagi program-program yang kami jalankan pada 2010 yang mungkin akan meninggalkan kenangan manis kepada ahli-ahli tetapi semenjak 2-3 tahun ini, satu sahaja matlamat dan azam kami tidak tercapai, isu gurulatih yang tidak selesai. Kami mengalami masalah kurang gurulatih dan ahli yang kurang berminat untuk mengajar. 

Memang tanpa gelanggang, jangan harap dan mimpikan sijil dan bengkung merah kosong atau cula daripada KSSG tetapi beberapa program lain mungkin terpaksa dilaksanakan bagi melahirkan gurulatih. Masa ini saya teringat kata-kata Cikgu Awang Daud "bukan senang nak angkat gurulatih, bukan orang nak. Tapi amanah kena jaga"

Selamat Tahun Baru!

Cikgu Shams


3 comments »

  • Anonymous said:  

    anak murid semua syg cikguuu

  • shams said:  

    Terima kasih atas semua sokongan pada tahun 2010

  • Guru SSG said:  

    tercapai mahupun idak, kssg tetap di depan dalam idea & komitednya

  • Leave your response!