Ujian Bengkung Bagi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya

Wednesday, August 04, 2010 Leave a Comment


Alhamdullilah, ujian bengkung yang diwar-warkan sebelum ini akan dibuat pada minggu ini melibatkan ujian bengkung putih kosong sahaja. Antara gelanggang yang terlibat ialah Gelanggang Masjid As Salam, Gelanggang Sesyen 8 Shah Alam, Gelanggang Pusat KSSG, Gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Gelanggang Jenjarom. 

Masa dan tempat ujian boleh dipilih dan diadakan seperti berikut:

Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam - 03.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua gelanggang
Gelanggang Masjid As Salam, Puchong - 04.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua gelanggang.
Gelanggang pusat KSSG, Bandar Pusat Puchong -05.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua pelatih dewasa sahaja.

Seperti biasa, markah lulus bagi semua ujian bengkung bagi KSSG adalah seminima markah 50/100 dan ujian putih kosong akan dijalankan serentak oleh 2 orang penguji. 

Bermula daripada Ogos 2010, ujian bengkung akan diuji oleh penguji yang terpilih kriterianya seperti;

Bengkung Putih - 2 orang gurulatih yang (1) mempunyai minima 1 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 2 tahun (3) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG.

Bengkung Hijau - 3 orang gurulatih yang (1) mempunyai seminima 2 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 3 tahun (3) Biasa menghadiri majlis Adat & Pentadbiran Gayong (4) Pengalaman mengadakan demontrasi silat (5) Hafaz keseluruhan ayat-ayat lazim al Quran (6) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG

Bengkung Merah - 5 orang gurulatih yang (1) mempunyai pengalaman mengajar seminima 10 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 15 tahun (3) Biasa menghadiri majlis Adat & Pentadbiran Gayong (4) Pengalaman mengadakan demontrasi silat (5) Hafaz keseluruhan ayat-ayat lazim al Quran (6) Terlibat dengan kegiatan amal masyarakat (7) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG. 

3 comments »

  • GlidingViper said:  

    harap2 saya lulus ujian ni..

  • Anonymous said:  

    amin

  • shams said:  

    lulus semua.. cuma markah agak ramai rendah

  • Leave your response!