,

Kembara Ke Darul Atiq

Thursday, July 01, 2010 Leave a Comment

Pihak KSSG akan membuat kembara khas ke Darul Atiq sebagaimana yang dibincangkan baru-baru ini. Dengan pelancaran sumbangan dana kelab selama 2 minggu melalui gelanggang dan masjlis Perlimau Tapak baru-baru ini, pihak KSSG akan menggunakan sepenuhnya wang derma dan wang hak ADMAR untuk pembelian barangan keperluan kepada Darul Atiq.

Semoga semua pembelian dan pemberian amal tersebut akan memberikan pahala berterusan kepada ahli dan gurulatih KSSG mahupun kepada guru-guru lama termasuk ADMAR secara khusus.

Program ini sebenarnya telah dilaksanakan sebelum ini apabila sebahagian hak ADMAR dalam majlis adat seperti Perlimau Tapak dan Seni disedekahkan kepada mana-mana badan amal. Bahagian tersebut diambil daripada bahagian yang dikhaskan untuk ADMAR manakala pembayaran daripada hak gurulatih digunakan untuk membanyar kepada pusat dan guru lama.

Perbezaannya tahun ini lebihan wang majlis adat selain derma kepada guru lama iaitu bahagian gurulatih dan ADMAR serta tambahan derma daripada ahli disedekahkan kepada Darul Atiq untuk kebajikan.

Program akan diadakan dalam masa terdekat apabila pihak Darul Atiq memberikan respon kerana ingin menemukan Anak Gayong dengan Ustaz Ghazali, pengasas Darul Atiq.

8 comments »

  • tagskie said:  

    hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

  • narapatinantaboga said:  

    masyaAllah.... molek tu abe sham. mungkin ini yg diinginkan oleh ADMAR. kita korbankan hak kita untuk guru kita. hak ADMAR kita kembalikan padanya.... masyaAllah... tabarakallah!

  • Abu said:  

    semoga usaha diberkati Allah, InsyaAllah saya joint!

  • shams said:  

    InsyaAllah.. Tadi call Ustaz Ghazali tapi takdapat bercakap krn beliau rehat kerana sakit. Barangan dah dimaklumkan. Cuma masa sahaja. Ustaz Ghazali balik dari Penang sabtu malam. Bincang khamis ni macamana dan bila nak pergi.

  • shams said:  

    Kerana duit orang sayang dan benci. Jadi duit yang patut dibelanjakan atas nama tertentu untuk kebajikan, maka kami telah tunaikan selama bertahun dengan ahli sebagai saksi. Ditambahkan lagi dengan derma ahli dan wang dan hak serta derma gurulatih maka ia menjadi majlis. Agar pahala sedekah itu kembali kepada yang berhak seperti ADMAR.



    PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & MY PERSONAL LIFE

  • Admin said:  

    Semoga Allah menempatkan Arwah Tuan Guru ditempat mereka yang soleh dan diredhaiNya - http://www.hishamnazir.net/2011/06/abuya-ustaz-ghazali-hasbullah-meninggal.html

  • Anonymous said:  

    rindu pada arwah.

  • wah yudi said:  

    thanks for interesting post... i really enjoy to visit this site :)
    obat alami kanker payudara

  • Leave your response!