,

Kursus Asas & Buah Simbat

Monday, June 14, 2010 Leave a Comment


Minggu lepas sempat berbual dengan seorang gurulatih muda yang berpengalaman luas mengajar Seni Gayong yang turut merupakan salah seorang guru silat saya (shams). Hajat di hati ingin habiskan silibus senjata yang mana ada bagi menerapkan dalam silibus KSSG dan memadatkan lagi silibus sedia ada.

Hajat untuk mendapatkan beberapa silibus dan perkemaskan nampak hambar atas sebab beliau tidak berminat untuk mengajar senjata tajam kerana kekadang selain tidak praktikal dalam masa terdekat, ia mengambil masa dan agak memenatkan. Faktor akan membantutkan proses pembelajaran kerana masa yang singkat untuk habiskan pembelajaran yang ada.

Namun, bila permohonan pelajaran senjata tersebut ditolak, pelajaran simbat ditawarkan kerana ia boleh dipendekkan kepada permainan parang dan dipanjangkan kepada permainan lembing. Malah rotan mahupun simbat lebih praktikal kepada saiz dan permainan semasa. Yang penting pelajaran ini boleh dipelajari dengan segera bagi orang yang telah berpengalaman dalam permainan senjata Seni Gayong dan lenggok tarinya agak kasar dan agak 'tidak berseni' dalam bertari (boleh digunakan juga bermuslihat) kecuali dalam buah dan tapak sahaja.

Dalam pelajaran Seni Gayong di bawah Pusaka Gayong, seni simbat diajarkan asas simbat yang terdiri daripada 3 asas iaitu asas 10 (individu dan pasangan) serta asas 21. Manakala selepas itu diajarkan serba sedikit asas elak tongkat kemudian diteruskan kepada buah simbat/rotan/tongkat dan pentas.

Perkara di atas adalah asas kepada pemegang bengkung hijau dan sememangnya telah dimasukkan ke dalam silibus KSSG. 

Dengan tawaran silibus simbat kepada kami, saya cuba mengorek rahsia lama iaitu sebelum saya (shams) menjadi pembantu gurulatih dan mengajar pada 94/95 di sekitar Kelantan, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa silibus utama simbat/tongkat Seni Gayong sebelum itu adalah berbeza dan buahnya adalah menggunakan penyerang tongkat dan diambil serangan dengan tongkat juga.

Kebanyakan silibus ini diperolehi dan dimiliki oleh guru-gurulatih Seni Gayong (Pusaka Gayong) yang menjadi gurulatih sebelum tahun 1988 (anggaran). Tidak dapat dipastikan mengenai asas mahupun pentas samada berbeza ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun, tawaran tersebut disambut dengan baik dan beliau bersetuju untuk menurunkan silibus lama tersebut. Masa masih dalam perancangan tetapi penyertaan adalah terhad. Sila daftar awal nama anda dengan SMS nama / gelanggang / bengkung kepada 014-9933774.

1 comments »

  • shams said:  

    Dah 4 org (bukan ahli KSSG) nak sertai kursus ini. Terima kasih atas SMS anda. Akan dimaklumkan kemudian. Makluman tambahan, silibus ini akan dimasukkan dalam silibus KSSG dan rendah diri saya katakan, saya takde buah simbat -simbat ini. Jadi saya pun masuk sekali.

  • Leave your response!