Kejutan Daripada Guru Lama

Thursday, May 06, 2010 Leave a Comment

Latihan isnin (04.05.2010) yang lalu, pihak kami dikejutkan dengan lawatan oleh seorang guru tua Silat Seni Gayong ke gelanggang kami. Lawatan mengejut daripada beliau bukan satu kejutan pertama kerana sebelum ini ramai guru tua yang hadir ke gelanggang kami di Bandar Pusat Puchong atas kenal melalui website ini dan juga kenal melalui perkhabaran mulut ke mulut ekoran aktiviti kami yang sentiasa berkawan dan bercampur dengan semua Anak Gayong tanpa mengira pertubuhan.

Guru Tua ini kalau diikut pangkat majlis adatnya, beliau antara golongan amat penting dalam organisasi pusat mahupun negeri. Namanya cukup dikenali sebelum ini dan pernah disebut-sebut bagi menyatakan sinonimnya guru tua ini kepada satu negeri di Malaysia.

Cikgu Shams menerima panggilan daripada guru tua tersebut selepas maghrib yang menyatakan beliau terlihat satu banner lambang Gayong di satu masjid kuning.

"Saya nampak naga Gayong, kalau ada masa nak jumpa la sesama anak Gayong. Saya takde apa, cuma pernah belajar dan semangat atas persaudaraan Gayong kita"
Pihak Cikgu Shams yang menyangkakan masjid kuning merujuk kepada Masjid As Salam jelas meleset apabila beliau yang sampai selepas waktu isyak di pejabat KSSG menyatakan masjid tersebut adalah masjid yang lain dan terletak 25-30 kilometer daripada pejabat kami. Agak terharu sungguh jauh perjalanannya pada malam itu demi mengenali kami atas dasar saudara seGayong.

Beliau yang hanya jemput untuk berborak di restoran memohon untuk naik melihat Anak Gayong KSSG berlatih pada malam tersebut. Pada mulanya bukan niat tidak ingin menjemput tetapi faktor kesihatan dan usia yang pihak kami sendiri maklum. Semangat orang lama ini patut dijadikan sandaran kepada orang muda bagaimana kesihatan beliau yang tidak menentu sanggup mendaki tempat latihan kami di tingkat 3. Runsing bila melihat beliau terpaksa berhenti 4-5 kali untuk mengambil nafas sebelum sampai ke tingkat 3.

Menarik untuk kami kongsikan mengenai beliau ini walaupun nama dan siapa beliau diamanahkan untuk dirahsiakan. Dalam sesi yang singkat, beliau turut memuji permainan dan semangat Anak Gayong KSSG dewasa yang seramai 8 orang berlatih pada malam tersebut.

Nasihat dan pandangan beliau tentang hubungan antara sesama Anak Gayong dan hubungan melalui lawatan sebagaimana yang telah dimulakan oleh KSSG dan juga sebagaimana yang dibuat oleh beliau ke pejabat kami tempohari amat besar maknannya dan mohon agar dikembangkan lagi kepada semua guru.

Dalam masa yang singkat juga sempat beliau bercerita mengenai kegilaan beliau dalam mencari ilmu Seni Gayong sehingga habiskan duit untuk membayar rakan membuat kerja-kerjanya deme mengikuti Pakndak Majid Isa, Cikgu Ismail Chik, Cikgu Awang demi sedikit ilmu. Malah turut sempat meabadikan diri kepada ADMAR selama 3-4 bulan.

Beliau agak terkilan tidak sempat belajar banyak dengan ADMAR atas faktor kerja yang jauh pada tersebut menghalang masanya untuk belajar lebih lama. Tetapi walaupun usia dan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, beliau masih melawat rakan-rakan beliau demi mengambil ilmu-ilmu.

Terima kasih Cikgu atas singgahan itu!

Nota: Nama dan siapa terpaksa dirahsiakan. Hanya beliau lebih mengetahui kenapa.

2 comments »

  • Ku Zainal said:  

    KSSSG sendiripun penuh kejutan. uwahahah! thniah dapat perhatian guru lama Gayong tu. sekarang sy paham ayat "nama baik" yg pernah dok ditulis oleh KSSG dulu-duluu.

    TAHNIAHHHH! ZATTTT!

  • shams said:  

    Terima kasih atas semangat dan sokongan anda semua! ZATTTTT!

  • Leave your response!