Guru Lama: Cikgu Razak Osman

Thursday, May 27, 2010 Leave a Comment

Orangnya amat rendah diri. Perkenalan dengan guru lama ini dibuat lama sebelum mengenali ia seorang guru lama yang menyepi atas beberapa sebab kepimpinan Gayong masa itu. Mungkin rezeki semasa sembahyang asar, Cikgu Razak melihat satu sut baju silat tergantung dalam kereta Cikgu Shams yang kebetulan petang itu ada latihan silat.Selepas lama berborak, pada 3 malam yang lepas KSSG membawa beberapa ahli untuk diperkenalkan kepada beliau.

Cikgu Razak antara murid awal di Taiping. Sambil menunjukkan gambar lama, semasa beliau belajar dengan Arwah Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR) dan menjadi gurulatih di sekitar Taiping, Cikgu Sazali masih berumur sekitar 3-5 tahun. Beliau menjadi kesayangan ADMAR dan amat rapat dengan ADMAR dan juga Sultan Perak masa itu, Sultan Idris.

Antara guru lama yang menjadi rakan baik beliau masa itu Arwah Cikgu Majid Omar, Cikgu Sidik dan beberapa guru lain yang tidak perlu disebut namanya kerana telah menyepikan diri. Kata Cikgu Razak, mereka semua ini sayang Seni Gayong baikpun ADMAR tetapi politik Gayong masa itu membuatkan mereka memilih untuk berundur.

Semasa beliau belajar dan mengajar di Taiping, tidak ramai senior Seni Gayong masa ini ada. Bila ditanyakan beberapa tokoh silat yang lama di Selangor, beliau tidak mengenalinya kerana mereka masih baru dan semasa beliau meninggalkan Taiping dan ADMAR untuk ke Kuala Lumpur dan terus menyepi, beliau tidak bergaul dengan Anak Gayong di Selangor mahupun Kuala Lumpur. Tetapi beliau dan beberapa ahli lain sempat untuk membuat beberapa demontrasi silat di Lembah Klang semasa aktif di Taiping.

Cuma bila ditanyakan mengenai Cikgu Kahar Redza, beliau ingat mengenai Cikgu Kahar kerana menurutnya masa tersebut, Cikgu Kahar masih di Gelanggang Kg Pandan.Lama bercerita terutama mengenai Seni Gayong membuat guru lama ini sebak terutama bila berbicara mengenai ADMAR.

Sayangnya beliau kepada Gayong menyebabkan beberapa gambar lama yang penting masih dalam simpanan manakala yang lain telah hilang dan juga tidak terjaga. Antara paling bernilai dalam koleksi simpanan beliau selain gambar adalah buku cenderahati semasa program besar di Ipoh di hadapan Sultan Perak semasa perlantikan Sultan Perak sebagai Sang Sapurba Silat Seni Gayong.

Walaupun, beliau tidak banyak bercakap mengenai kehebatan dan keakraban beliau dengan ADMAR dan Sultan Perak dengan lebih mendalam tetapi gambar dan tugasan beliau daripada program besar itu menceritakan kami mengenai statusnya sebagai murid ADMAR dan juga gurulatih yang disegani pada awal 1960an. Walaupun beliau asyik menyatakan "saya ni takde apa-apa".

Beliau mungkin senang dikenali semasa zaman 60an kerana banyak mengikuti ADMAR membuat demontrasi silat bersama gurutua yang lain seperti Cikgu Majid Isa, Cikgu Sidik, Cikgu Mat "Jepun", Cikgu Awang Daud, Arwah Cikgu Haron, Arwah Cikgu Majid Omar dan beberapa guru lama yang telah menyepi (rasanya tidak perlu dinamakan). Beliau juga senang dikenali kerana berwajah bengis dan dikatakan murid ADMAR paling tinggi.

Cikgu Razak juga ada menceritakan bagaimana beliau belajar hanya fizikal dan tidak menekankan pelajar kebatinan tetapi dalam masa yang sama, beliau memberikan beberapa petua dan juga amalan yang tidak bercanggah dengan syariat (menurut Cikgu Shams dalam pertemuan sebelumnya).

Mungkin kami tidak mampu untuk menceritakan kesemua intipati pertemuan dengan beliau termasuk nasihat dan sebagainya. Cuma sedikit sebanyak, harap dapat memberikan satu info mengenai guru lama Seni Gayong. Gambarnya akan diuploadkan kemudian.

1 comments »

  • shams said:  

    Ada Anak gayong SMS saya berkenaan ayat "paling tinggi". Ayat tersebut merujuk kepada fizikal dan bukan ilmu atau pangkat. Sebagaimana yang dinyata, beliau ibarat laut, ilmu tidak mahu kami duga.

    CUma bahagian ilmu, beliau yang dididik oleh ADMAR ini menyatakan Cikgu Awang Daud kuat dari sudut fizikalnya dan ilmu yang tinggi serta kebatinan pada Cikgu Majid Mat Isa.

    Selebihnya beliau tidak komen kerana tidak cukup mengenali gurutua yang lain. Gurutua yang lama dan dikenali beliau samada belajar sezaman dengan beliau mahupun senior beliau ada juga diceritakan mengenai mereka.

    Tetapi cerita itu hanya hak saya (cikgu shams) buat masa ini. Tidak elok untuk diperbesarkan.

  • Leave your response!