,

Kursus Keris 1 Bersama Cikgu Noor "Geting"

Monday, April 19, 2010 Leave a Comment


Kursus diadakan pada 18.04.2010 yang dianjurkan oleh pihak kami dan dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Noor "Geting" salah seorang gurulatih muda yang mempunyai pengalaman mengajar Silat Seni Gayong melebihi 25 tahun dan nama yang dihormati di kalangan Anak Gayong terutama di peringkat negeri Kelantan.


Seramai 10 pelatih terlibat dalam kursus pertama bagi keris pada tahun ini. Dalam kursus ytang pertama ini, peserta di latih asas pertama dan juga pentas keris 1-7. Silibus adalah berdasarkan permainan lama Silat Seni Gayong dan seninya. Bagaimanapun seni tidak dapat diperjelaskan secara terperinci atas kesuntukan masa.

Harapan kami dapat melanjutkan lagi masa untuk Kursus Keris II kelak.

5 comments »

  • narapatinantaboga said:  

    serupo doh tu pelajaran keris. pentas keris nombo 3 nga 4. alhamdulillah.. heheheh, buoh kelantan ni serupo doh, tok lari dari gapo hok diajar dari dulu dulu lagi.... ;)

  • shams said:  

    pentas keris 1-7 je malam tu. 8-15 lain minggu pulak. Silibus sekarang pun lebih kurang tapi seni hilang.Kursus ini antara sebab dia nak update silibus lama kami dengan silibus KSSG dan tolak sebarang perubahan besar kepada silibus lama...

  • narapatinantaboga said:  

    betul tu abe sham. benda yg makin lamo makin berubah. abe sham, ambo buat laaa balik kelas yoi tu... aritu ado kijo sket tok leh maghi. uhuhuhhu

  • shams said:  

    hahahha... lutut bebudak ni semua dah gegar. nanti saya buat balik.

  • narapatinantaboga said:  

    hehhee. royat tuuu kalu buak. kang telepas lagi. hehehe

  • Leave your response!