, , , ,

Kenduri Abang Ujang Meriah!

Tuesday, April 06, 2010 Leave a Comment

Alhamdullilah demo dan jemputan kenduri rumah Abang Ujang dapat disempurnakan dengan kehadiran pesilat KSSG. Tapi kehadiran untuk makan lebih ramai, nasib baik dijemput. Abang Ujang bukan orang asing kepada KSSG di Puchong berdasarkan semangat silatnya dalam membantu apa jua program kami di Puchong ini. Siapa dan sejarahnya kita ketepikan.

Majlis kenduri menyambut menantu baru-baru ini agak meriah dengan permainan kompang dan silat yang diserikan dengan penuh kelengkapan adat Melayu.

Daripada kami, semoga mereka berbahagia dan melahirkan generasi yang lebih baik dari segi agamanya. Dilampirkan beberapa gambar sekitar demontrasi silat semalam bagi tatapan Anak Gayong Masjid As Salam dan selebihnya boleh dilihat dengan pihak KSSG;

Mat Grafik (Daniel Saaban) yang berbadan besar cuba menghentak al- Hafiz (Anuar) semasa demo semalam. Mereka berdua antara belasan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang baru-baru ini.

Tempur tangan kosong oleh Mat (anak Abang Ujang) dan Ami

Tari solo khas untuk pengantin dilaksanakan oleh Faizal dan Izham daripada Gelanggang Masjid As Salam

4 comments »

  • Anonymous said:  

    adaer pentas sketasa ker cikgu??

  • shams said:  

    InsyaAllah sedang diusahaka oleh adik darjah 4

  • faiz said:  

    syg ny sy terlepas tgk time ni..

  • Anonymous said:  

    terlepas tengok sebab terus ke meja makan kot..

  • Leave your response!