, , ,

Gelanggang Baru Yang Bakal Dibuka

Wednesday, April 21, 2010 Leave a Comment

Pihak kami dalam perbincangan dan agihan gelanggang kepada beberapa gurulatih baru dalam melaksanakan hasrat kami dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dan menambahbaik pandangan masyarakat kepada seni silat serta alternatif terbaik dalam memilih seni beladiri kepada diri sendiri mahupun anak-anak.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cadangan gelanggang untuk dibuka menjelang sebelum 01.06.2010. Sekiranya sesiapa dapat membantu seperti mencadangkan tempat mahupun ahli jawatankuasa penduduk bagi melicinkan proses tersebut dapatlah menyumbangkan maklumat anda di sini.

Sebarang komen atau maklumat yang boleh kami pertimbangkan untuk tidak membuka gelanggang di sana juga dialukan.

Beberapa gelanggang yang dicadangkan untuk dibuka ialah;
  • Seksyen 27, Shah Alam
  • Seksyen 17, Shah Alam
  • Seksyen 18 Shah Alam
  • Kota Kemuning, Shah Alam
  • Seksyen 15, Subang Jaya
  • USJ 5, Subang Jaya
  • Putra Heights, Subang Jaya
  • Seri Kembangan
  • Balakong
  • Taman Tun Hussein Onn
  • Putrajaya
  • Taman Warisan, Dengkil
  • Taman Putra Perdana, Puchong/Sepang
  • Puncak Jalil, Kuala Lumpur
  • Taman Permaisuri, Kuala Lumpur

Sila hubungi: 014-9933774. Terima kasih.

13 comments »

  • Anonymous said:  

    IIIII IIIII cg sham, the worst enemy for taekwondo n karate Or may i saying that their good sleep is over!!!!

  • shams said:  

    bukan musuh atau memusuhi cuma elok dikatakan sebagai alternatif kepada mereka,

    "asyik pipit sahaja sesekali enggang hinggap, mendongak la korang"

  • Marka-h said:  

    huahahua ibarat & kiasan yg poenuh makno eh

  • Saifulmizam said:  

    Salam
    Sy cadangkan buka gelanggang di Kampus UiTM Puncak Alam atau di Taman Seri Pristana atau Taman Saujana Utama Sg.Buloh.

  • shams said:  

    bagus cadangan tu, tapi contact takde. Mengenai Puncak Alam, dulu ada org call saya (shams) mengenai ada silat di sana yang mana UITM - Gayong Malaysia dan gelanggang Awam - Pusaka Gayong. Tak pasti contact number mereka.

  • Syafie Mustafa said:  

    Assalamualaikum.

    Saya pelajar UiTM Shah Alam Seksyen 17 dan saya ingin menyambung ilmu gayong.

    Di Shah Alam ni (berdekatan dengan Seksyen 17, sebab saya takde transport), kat mana gelanggang paling dekat?

    Terima kasih.. =]

  • shams said:  

    paling dekat di Seksyen 8. Setiap Selasa lepas isyak. UNtuk belajar ada pengorbanannya.

  • Anonymous said:  

    salam..
    saya nk tanya area cheras,kat mana gelanggang gayong terdekat?

  • shams said:  

    Kat Cheras kami takde gelanggang. Paling dekat kami di Puchong. Rasanya ada Gayong Malaysia di kawasan sana cuma saya tidak pasti di mana.

  • Anonymous said:  

    klu dkt area puncak alam plak..dkt mane tmpat yg paling dkt utk belajar silat?..sy berminat tp xthu tmpatnye..

  • shams said:  

    Kat Puncak Alam ada gelanggang Pusaka Gayong dan Gayong Malaysia tetapi tidak pasti di kawasan mana. Gelanggang di bawah seliaan kami tiada di sana, harap pihak lain dapat membantu.

    Cuma kami tahu rakan kami dalam silat singa kandangan ada di sana

  • Anonymous said:  

    nk blajar silat tp tk tahu kt mana. area seksyen 3 tmbhn ada tk ya?

  • Anonymous said:  

    Assalamualaikum.saya nak tanya area dengkil ada x gelanggang silat

  • Leave your response!