,

Nantikan Kelas Silat Seni Gayong Anjuran KSSG di Putrajaya

Monday, February 15, 2010 Leave a Comment

Gambar kenangan gelanggang di SMU (A) Tarbiah Mardziah, Panchor Kelantan pada tahun 1996.

Kami telah berbincang dengan pihak kelab belia di Putrajaya namun nampaknya hasilnya tidak berapa baik. Hasil penelitian kami pula menunjukkan banyak dewan dan tempat mahu di kongsikan bagi aktiviti silat sebegini mahupun aktiviti sukan lain dengan alternatif sewaan atau perkongsian dalam bentuk lain.

Atas inisiatif tersebut juga, pihak kami sedang dalam proses mengambil pandangan beberapa pihak dan respon daripada pihak di Putrajaya nampak memberangsangkan untuk menubuhkan gelanggang di sana.

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan menubuhkan gelanggang Silat Seni Gayong di bawah kelolaan penuh pihak kami di Putrajaya secepat mungkin dan mungkin kelas pertama akan bermula pada hujung bulan ini.

Maklumat mengenai masa dan tempat akan dinyatakan kelak. Bagaimanapun, mungkin satu tempat yang agak ekslusif digunakan bagi memberikan satu saingan kepada seni beladiri yang ada.


3 comments »

  • Anonymous said:  

    masyaallahh.. sahabat lama..

    saya masih ingat lagi beberapa org dlm gambar tu.. dari sekolah sampai skrg korang berislat ya.. sungguh tak disangka



    *bekas pelajar SMUA Tarbiah Mardhiah Panchor 1990-1996(SPM)

  • shams said:  

    Siapa agaknya ni. Tolong intro sikit.

  • Saya Nurul said:  

    silat gayong msh xd lg kt ptrajaya? sy nk join

  • Leave your response!