,

Korporat KSSG Turun Ke Bawah..

Saturday, February 13, 2010 Leave a Comment


Ada orang kata "silat ini lembut dan tiada harga". Kami ambil kata-kata sebagai semangat untuk buktikan mereka salah.

Ada orang kata "Argh Silat buat apa, orang semua pakai pistol dah!".. tapi kami ambil mudah dengan katakan "bukan semua ada pistol dan pistol adalah sementara ia berpeluru"..

Ada orang kata "Silat-silat ni dah ketinggalan zaman". Kami pandang mereka dan katakan bahawa "..silat mengajar kami kenal Islam dan terapkan apa yang baik. Kami mendidik tanpa henti pada anak bangsa. Ini sumbangan kami"

Ada orang kata "silat ini buang masa dan wang dan keje orang yang takde keje sahaja". Kami akan kata lagi pada mereka "yang kami lebih terpelajar dari kamu dan mungkin kereta kami lebih besar. Ubah persepsi kamu dan buktikan kami bodoh dengan memberikan komitmen kepada masyarakat kami melalui silat"

Dalam terus merealisasikan matlamat kami iaitu Perubahan kepada masyarakat kami dalam sudut disiplin, akademik dan ekonomi, kami kali ini akan terus memberikan sokongan kepada mereka yang turut bersama kami dalam menjadikan atau ingin merubah masyarakat Melayu melalui silat.

Kami gembira sekiranya ada pihak berminat untuk bersama kami dalam merealisasikan matlamat tersebut. Kami berbangga sekiranya masih ada anak Melayu Islam yang mahu merubah dan menjaga kebajikan anak-anak kita.

Kami juga sanggup turun padang dalam mengumpulkan anak-anak kita semua dalam satu tempat selain melatih disiplin dan merubah akademik dan ekonomi anak-anak kita. Paling tidak pun ada juga hobi kepada anak-anak kita.

Malam ini kami akan berada di Pasar Malam Bandar Saujana Putra, Jenjarom bagi mengedar maklumat mengenai program pendaftaran pada esok malam dan latihan silat yang bakal diadakan pada setiap Ahad jam 9.00 malam di taman permainan di Taman Coral, Bandar Saujana Putra.

InsyaAllah, esok pula akan terlibat promosi silat di suatu tempat di Shah Alam. Beberapa kerjasama pihak pasaraya masih dalam pertimbangan.

Terima kasih kepada ahli kami yang terlibat dalam turun padang dan semoga Gayong terus maju!

3 comments »

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    Bandar Saujana Putra slesai dah tadi cuma tang promosi flyer di flat dan rumah belum lagi. Rasa macam dok Bali pulak.

  • al-Mustafa said:  

    Saya berpeluang belajar silat secara formal dr Cikgu Shams kali ini. Dan dia pun tahu saya dari aliran bela diri asing. Dari pemerhatian saya.Silibus Gayong ini.Utk yg baru 2-3 bukan shj ,ia sdh bersamaan dgn 4-5 bulan beladiri asing.Bermakna silibus Gayong lbh komprehensif.Dan pertama kali nya, saya dapati Seni Gayong atau umum nya Silat membenarkan kita menyusun langkah mengikut keselesaan kita.Contoh nya , kita tidak perlu menggenggam penumbuk setiap waktu dlm langkah "sedia".Dan banyak lagi benda yg saya lihat lengkap dlm silat.Dari tempur bersenjata, kunci, guling ,tangan kosong.Silat mempergunakan setiap anggota tubuh kurnia Allah (swt) sbg senjata.Jd di mana nya ketinggalan zaman tu?Org Jepun dan Korea yg maju tu meninggalkan bela diri mereka kah?Ini baru dari sisi zahir nya.Apakah silat tidak dapat memberi kepuasan rohaniah seseorang?Membina jati diri.?Kalau org Jepun ada kod Bushido.Kita ada kod Islamiah yg blh mencangkup kehidupan sesiapa pun.Tak kira bangsa...(iaseyy..khutbah laaa pulak)

  • shams said:  

    komen yg baik untuk dipertimbangkan oleh para penjaga sebagai alternatif untuk ganti baju putih kepada baju hitam..

  • Leave your response!