, , , , ,

Kursus Perubatan Islam Anjuran KSSG & TIAF

Friday, January 22, 2010 Leave a Comment

Pihak kami telah sahkan kesudian rakan kita yang juga ahli silat yang kini banyak menumpukan kepada perubatan Islam di Melaka, Ustaz Wan Asrul daripada Terapi Islam Al Fatah (TIAF) untuk bersama kita dalam menganjurkan kursus perubatan Islam kali pertama di Puchong di bawah anjuran pihak kami.

Kandungan kursus akan disediakan sepenuhnya oleh Ustaz Wan Asrul dan kesemua kelengkapan lain akan disediakan oleh pihak kelab.

Pihak kami berharap kursus perkongsian ilmu tersebut kelak akan merancakkan lagi kursus-kursus perkongsian ilmu yang bakal diadakan oleh pihak kami pada tahun ini.

Selain daripada perkongsian ilmu yang bakal dilaksanakan tersebut, semua majlis dan kursus yang bakal diadakan oleh kami akan membuat kutipan dana bangunan bagi membolehkan pembelian satu premis berharga RM200 ribu pada akhir tahun 2012. InsyaAllah.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    bila pendaftaran buka?

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    saya akan maklumkan dalam masa terdekat

  • Anonymous said:  

    anak gayung kssg boleh mengubat?

  • shams said:  

    kalau bab seliuh dan mematahkan boleh la kot. Tapi dalam gelanggang la. Bab nak bagi sembuh takde la kot. bab ubat mengubat ni, ada kot, cuma masing-masing tahu la. Ada yang ahli dalam bidang tu, pergilah kepada mereka yang layak

  • Leave your response!