, ,

Kursus Pendek KSSG Tahun 2010

Tuesday, January 05, 2010 Leave a Comment

Pada tahun 2010, pihak kami akan mengadakan kursus pendek iaitu "Kursus Sehari Bersama...." Kursus ini akan menengahkan beberapa tokoh silat baru dan lama. Beberapa pelajaran baru akan diketengahkan oleh gurulatih muda seperti permainan kapak, lembing, kerambit, cindai dan beberapa permainan lain yang biasanya tidak dimasukkan di dalam silibus secara tetap.

Manakala gurulatih lama yang terdiri daripada orang lama akan menjalankan kursus lebih kepada teknik dan rahsia dalam pelajaran tersebut.

Beberapa orang gurulatih muda dan tua telah dihubungi dan kini dalam proses pengaturan jadual bagi kursus tersebut yang mungkin akan diadakan selama sehari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan sebelah malam akan digunakan sepenuhnya bagi perbincangan dan sessi kenal lebih rapat. Belasah dulu baru kita kenal-kenal.

Sekiranya tiada aral melintang, kursus yang bakal diadakan sekali sebulan ini akan dijalankan pada akhir Februari 2010 dan notis kursus selama 2-3 minggu akan diberikan bagi tujuan penyertaan. Pernyertaan terhad kepada 20 orang sahaja pada satu-satu kursus yang dikendalikan oleh gurulatih muda. Manaka kursus oleh gurulatih lama terhad kepada 50 penyertaan sahaja. Pernyertaan adalah terbuka kepada semua pelatih Silat Seni Gayong tanpa mengira pertubuhan.

Kos kursus yang dicadangkan ialah merangkumi kos tenaga pengajar, kos makan dan derma tabung bangunan KSSG. Penginapan boleh disediakan. Manakala kos kursus yang dijalankan oleh orang lama akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi kerana hasrat kami untuk memberikan kos tenaga pengajar yang lebih atas dasar daya usaha mereka.

Bagi menyemangatkan lagi, pihak kami akan mengadakan kursus mengenai teknik dan rahsia senjata dalam Silat Seni Gayong yang akan diadakan akhir Mac 2010 bersama Cikgu Awang bin Daud. Apabila tarikh dan persetujuan dalam perbincangan dibuat, kami akan nyatakan tempat dan masanya.

Sentiasa update bersama blog kami untuk dapatkan berita terkini.




2 comments »

  • Anonymous said:  

    kursus rawatan bekam takbuat ke thn ni cikgu?

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    Erm. Menariknya tahun ini bukan sahaja Kursus Bekam akan kami anjurkan, malah kami bercadang untuk menganjurkan majlis perkongsian ilmu Rawatan Islam. INsyaAllah, Update bersama kami. Masa dan tempat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

  • Leave your response!