,

Jawapan Kepada Email 16: Perigi Mencari Timba

Sunday, December 27, 2009 Leave a Comment

Saya lihat ada banyak flyers sekarang pasal Gayong Tuan di sekitar Puchong dan Shah Alam. Kenapa kita perlu cari timba? - SMS kepada 014-9933774 (SSG)

Pepatah melayu yang menekankan bahawa timba yang patut mencari perigi sudah tidak relevan di zaman millenium baru ini. Pegangan pada pepatah tersebut juga silat hilang identiti sedikit demi sedikit dalam mendisiplin bangsa melayu Islam dan tugas ini diambil alih oleh senibeladiri berbaju putih lain walaupun sejarah mereka bermula pada tahun 60an dan 70an.

Kita tewas kepada senibeladiri yang semuda 30 tahun di bumi Melayu sedangkan silat yang digunakan untuk menghalau penjajah sejak berzaman mula ditinggal zaman.

Orang yang bercakap itu dan ini bukan orang yang komited dan memberikan komitmen dalam membantu silat untuk naik setaraf atau melebihi senibeladiri lain. Sebaliknya, kita hanya bercakap tanpa melihat pada sejarah dan fakta semasa bagaimana keadaan senibeladiri dan kemajuan senibeladiri di bumi melayu ini.

Orang melayu masih berpegang, silat tidak perlu dipromosikan dan murid akan datang bertandang untuk ilmu. Dulu lain sekarang lain. Dulu satu gelanggang berpuluhan murid dapat dikhatamkan dalam bangsal silat daripada ratusan ahli yang belajar. Kini berapa penyertaan kita dan berapa orang yang dikhatamkan.

Orang Melayu masih berpegang pada perigi patut tunggu dan timba akan mencari. Maka gelanggang yang melahirkan gurulatih akan tinggal berapa kerat. Ada yang tidak sudi membuka gelanggang. Ada yang malas kerana banyak lagi tanggungjawabnya terhadap keluarga dan kerjaya. Macamlah dia seorang yang ada kerjaya dan keluarga.

Itu dan ini masalah yang timbul, maka yang tua akan pergi dulu menghadap Illahi pada lumrahnya. Yang muda memang tidak boleh diharapkan lagi. Tinggallah silat pada kaki dan tangan yang tahu silat tapi tidak pandai memanipulasikan hasrat sebenar silat melayu ini diketengahkan dalam masyarakat.

Silat Melayu diajar untuk membunuh. Diajar bagaimana untuk hebat. Ghaib dan pelbagai perkara yang mencarik adat. Ini semua bekalan bagi yang mencari dajal di bumi Melayu. Jika itu yang mereka fikir, mereka silap.

Sejarah dan tradisi silat membuktikan bahawa silat diajar bagi mendisiplinkan masyarakat melayu. Mulai dengan silat, anak melayu diajar bagaimana sikap hormat dan budayanya. Diserapkan ilmu agama dengan tahap tertinggi secara praktikal bagi selari dengan kehidupan duniawinya. Kehebatan fizikal hanya datang selepas itu. Cubalah bertanya guru-guru lama, dalam silat apa yang hebat? bagi saya, orang lama akan jawab, di situ orang melayu selitkan agama secara praktikal.

Sempena tahun 2010 ini, beberapa anak Gayong kami menyumbang secara peribadi dari sudut kewangan dalam membuat banner dan flyers untuk edaran di semua kawasan gelanggang kami.

Edaran ini bukan bermaksud promosi yang mengutamakan keuntungan mahupun keahlian. Ini dinyatakan di dalam artikel sebelumnya [klik di sini] yang mana ini adalah bagi menaikkan martabat dan pengetahuan masyarakat mengenai Silat Seni Gayong yang kini terpaksa menghadapi realiti yang bukan sahaja Silat Seni Gayong tetapi semua silat menghadapi masalah penyertaan dan minat masyarakat. Malah ada melayu sendiri kutuk senibeladiri melayu ini. Bukan marah kepada yang mengutuk, tapi sedih kalau silat hanya dilihat sebagai satu seni kasar untuk mengasari. Sebaliknya kami melihat ia satu cara kami berkhidmat kepada masyarakat.

Kalau dulu silat boleh memegang akhlak dan agama masyarakat. Kenapa kita tidak teruskan dengan hasrat yang dimulakan oleh orang-orang melayu terdahulu?

Kami tidak fanaktik dengan silat dan muak dengan senibeladiri lain. Apabila diberikan satu pilihan, apa yang terbaik untuk dipilih? Fikir-fikirkan lah.

Kami berhasrat dengan edaran promosi tersebut dapat kami menaikkan kembali nama Gayong di bibir masyarakat melayu dan orang-orang lama sanggup berkongsi rahsianya dengan kami. Kami amat berhasrat dengan tindakan kami ini, lebih ramai masyarakat melayu memilih silat sebagai medium kepada disiplin senibeladiri.

Terima kasih atas teguran.




3 comments »

  • adli gayongkl1997 said:  

    saya setju dgn apa yg dilaksanakan. dunia smkin berubah. hrp yg lain pun dapat bersama2 naikkan Gayong.

  • al-Mustafa said:  

    Tuan ,terlebih dulu ingin saya mohon maaf sekiranya tulisan saya menyinggung mana2 pihak .Maklum saya ini bkn Melayu.
    Saya ingin memberi sikit komen di sini .Memang ada sesetengah Melayu mengeJek usaha membuka gelanggang.Teringat saya baru2 ini sebelum Ramadan.Apabila saya berura-ura membantu Cikgu Sham membuka gelanggang di sebuah masjid yg mana ramai jemaah nya dari golongan Melayu elit dan terpelajar . Usaha saya menerima sambutan dingin.Malah ada yang berpaling muka apabila saya membuka cerita dan mempromosi Silat...Beribu flyer di kirim.Yang datang 2-3 org.Sedih seribu sedih.Tika hujan lebat .Saya berpakaian seragam silat menunggu yg lain.Tapi di ejek."hoi...hujan oii silat dlm kelambu laaa"."Kau tu CINA mana ada belajar silat" dan " eh...awak ni ada masalah identiti ke, belajar silat?" .Kalau tiada undang-undang dah lama berterabur gigi mereka ini,saya kerjakan.Begitulah hebat nya minda Melayu di jajah bangsa asing.Saya pernah belajar dan mengajar ilmu bela diri baju putih.Tidak pernah di ejek oleh orang sebegitu rupa.SILAT bagi saya adalah untuk semua ,terutama yg beragama Islam.Dlm silat ada agama.Blm tentu bela diri asing ada agama mereka.Itulah keindahan Silat.Apakah silat hanya tendang dan tumbuk,kilas dan elak?Rugi buat Melayu yg mengejek bela diri spt Silat ini.Jadi buat mereka yg tidak berminat belajar silat, setidaK jgn mengejek.Bangsa asing tak pernah mengejek bela diri mereka.Malah ada yang amat menghargai silat. Kenapa anda mengejek?Sblm saya akhiri komen ini...Terima kasih buat Cikgu Sham...yg merealisasikan impian saya...Belajar SILAT!

  • shams said:  

    Terima kasih kepada sahabat kita Ng Eng Kuan, seorang pelatih di Masjid Kota Damansara. ALhamdullilah atas kesabaran, ada balasannya. Saya ingat pesan guru. Kalau berbakti pada masyarakat, rezeki tidak berkurang, orang akan lebih hormat. Saya rasa setakat ini kata-kata itu tidak salah dan dibuktikan benar.

    Atas kesabaran anda semua bersama saya juga kita mendapat sambutan dan perhatian pihak Masjid dan penduduk tempatan. Malah tempahan demo sudah mula mendapat perhatian di sana walaupun banyak silat lain yang lebih lama bertapak.

    Sabar ada ganjarannya.

  • Leave your response!