, , , , ,

Azam KSSG Untuk 2010

Sunday, December 13, 2009 Leave a Comment

Alhamdullilah berkat sokongan demi sokongan dalam melaksanakan kelas-kelas silat bagi menunaikan hasrat dan azam kami untuk menaikkan disiplin dan mutu generasi anak Muslim dilihat semakin baik dan mencapai sasaran azam setiap tahun.

Malah lebih membanggakan apabila dilihat pencapaian dan peningkatan semasa KSSG dilihat melebihi daripada apa yang dirancang dan diazamkan. Alhamdullilah, harapan kami agar kelab ini terus dilihat sebagai pemangkin ke arah sesuatu yang positif dalam menaikkan dan menjaga baik goodwill Silat Seni Gayong.

Antara Azam 2010 ialah:

1. Penumpuan Latihan Kepada Gelanggang yang Sedia Ada
Pembukaan gelanggang baru hanya akan dibuat pada kehendak dan keperluan semasa sahaja. Tiada gelanggang silat baru di Puchong pada tahun 2010 kecuali melalui sekolah sahaja.

2. Promosi & Publisiti Gayong
Promosi dan publisiti akan dibuat melalui iklan di Majalah Seni Beladiri atas nama SILAT SENI GAYONG dan link di www.kssgayong.com akan dibuat bagi gelanggang-gelanggang Silat Seni Gayong yang aktif di seluruh Malaysia. Iklan akan dibuat selama 12 bulan secara berterusan dan kemungkinan akan bermula daripada Februari 2010. Pengiklanan adalah ditaja oleh beberapa individu daripada pihak kelab.

Selain itu, flyers akan mula diedarkan kepada penduduk sekitar Shah Alam, Puchong, Subang Jaya, Damansara dan Kepong. Flyers dan pengedaran berbayar akan dibuat oleh pihak kelab atas tajaan beberapa pihak individu.

Pihak KSSG menjangkakan promosi turut akan dipanjangkan melalui penghebahan melalui media mengenai aktiviti pihak kelab pada tahun 2010. Butiran lengkap akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Penggunaan kelebihan melalui email, web, blog, online video akan diperkasakan bagi mempercepatkan mutu nama baik Silat Seni Gayong yang tidak akan menumpukan kepada KSSG sahaja sebaliknya semua pertubuhan dan gelanggang Silat Seni Gayong.

Publisiti dan promosi ini adalah lebih condong kepada memberikan impak positif dalam pengembangan Silat Seni Gayong terutama dalam nama baiknya dan tidak berniat untuk meramaikan ahli semata-mata.

3. Perbanyakan Kursus Pendek Untuk Silibus & Sampingan
Pihak kelab akan memperbanyakkan kursus mengenai silibus tetap kami daripada tangan kosong sehingga senjata bagi berkongsi ilmu dan silibus seterusnya memberikan peluang untuk latihan kepada gurulatih selain mengemaskinikan silibus yang ada.

Kursus silibus sampingan yang biasanya tidak diberikan di dalam silibus mahupun senarai untuk ujian bengkung juga turut akan diadakan bagi tujuan yang sama. Selain daripada itu, kemungkinan kursus tidak akan menetapkan satu tahap bengkung mahupun taraf.

Kursus akan dibuka pada tempat yang terhad dan kepada mana-mana Anak Gayong yang berminat dan dikenakan kos minima bagi dana bangunan kelab kami yang sedang diusahakan.
4. Mengusahakan dan Membantu Dalam Merealisasikan Satu Kursus Silat Antarabangsa Oleh Lagenda Silat Seni Gayong
Kami sedang mengusahakan dan akan cuba membantu sedaya upaya bagi menganjur bersama satu kursus silat di luar negara yang mana butirannya akan dimaklumkan kemudian. Pihak kami akan cuba membantu bagi merealisasikannya dalam soal di Malaysia dari sudut kos dan apa yang termampu.

Perbincangan ada dibuat dan InsyaAllah dengan semangat gurulatih-gurulatih kita dan harga nama baik Silat Seni Gayong yang ada, semuanya akan berjalan dengan lancar. Satu nama guru lagenda dalam Silat Seni Gayong telah dicadangkan dan akan dibincangkan dengan beliau lagi pada akhir Disember nanti. Nama tersebut adalah dicadangkan oleh penganjur pada mulanya

5. Memperkemaskan Sistem Pentadbiran, Portfolio dan Kewangan Dalam Struktur Organisasi KSSG
Mesyuarat yang bakal diadakan akan membariskan golongan yang komited untuk memperjuangkan nama baik silat warisan melayu ini selari dengan hasrat kami untuk menjadikannya satu flatform alternatif yang terbaik untuk melatih disiplin dan membaiki mutu generasi anak Muslim pada masa ini.

Dengan struktur yang kemas, harapan kami penganjuran program akan lebih teratur dengan pemimpin Gayong yang lebih bertanggungjawab dan amanah. Selain itu, pihak amat berharap pada September 2011 harapan kami untuk memiliki satu tempat khas untuk silat kami di bawah milikan Pemegang Amanah yang bakal dilantik kelak
Terima kasih atas sokongan ada semua pada tahun 2009.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    Org mcm awak nih paututnya ambil alih gayong yg taknampak hala tuju dah -Jan gerik

  • adli gayongkl1997 said:  

    bleh maklum nama guru lama tu/

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    Akan sampai masanya.. kami maklumkan. Bukan nak berahsia kerana ini semua perancangan kami dan sebelum confirm jadi, rasanya tak perlu dihebahkan. hebahan hanya setakat bagi makluman awal dan motivasi sahaja.

  • Leave your response!