, , ,

KSSG Menerima Lawatan Mengejut Daripada Guru-Guru Lama PSSGM

Tuesday, November 03, 2009 Leave a Comment

Minggu lepas, pihak kami menerima kejutan lawatan daripada 2 orang guru lama dalam PSSGM di Wilayah Persekutuan, iaitu Cikgu Adi dan Cikgu Man. Namanya agak besar dalam guru-gurulatih lama yang masih aktif pada masa ini. Terutama bila 2 guru bersama 2 pelatih mereka itu datang daripada Gelanggang PSSGM Bangsar yang cukup terkenal melalui pengasasnya Arwah Cikgu Said "posmen" yang telah meninggalkan kita pada lewat 70an kerana kemalangan di Filipina semasa berkursus (betulkan saya sekiranya silap).

Antara lain yang sempat dibualkan mengenai perkembangan Gayong semasa dalam pelbagai pertubuhan, hubungan kami sesama Gayong dan perjalanan gurulatih dalam mengembangkan Gayong.

Selain daripada itu, kedatangan mereka ekoran atas beberapa berita dan keaktifan pihak kami dalam perkembangan Gayong dan rasanya amat kekok apabila yang lama datang bertemu yang muda dan dangkal dalam Silat Seni Gayong seperti kami. Namun, pihak kami kini dalam perancangan untuk lawatan ke Gelanggang PSSGM Bangsar dalam masa terdekat selain daripada 3 gelanggang Silat Seni Gayong yang lain di sekitar Lembah Klang. Semoga program kembara yang dimulakan pada tahun 2008 membuahkan hasil yang positif.

Perkenalan singkat malam tersebut antara lain membangkitkan semangat kami dan akan memberikan kami satu program kembara baru bagi bertemu dengan guru yang dikatakan paling senior yang pernah mendapat didikan tangan ADMAR. InsyaAllah, kembara tersebut hanya akan melibatkan beberapa orang gurulatih kami sahaja dengan kerjasama gurulama tersebut.

Pihak kami memohon maaf atas kekurangan yang amat semasa lawatan yang dibuat pada hari latihan tersebut kerana tidak membuat apa jua persediaan. Apa pun InsyaAllah, lawatan balas dalam masa terdekat akan dibuat kepada guru lama tersebut.

3 comments »

  • Anonymous said:  

    Salam,
    Syabas dan tahniah drp saya diatas kegigihan dan usaha tuan-tuan mencari dan mengenalpasti orang-orang lama serta guru-guru tua Silat Seni Gayong - tidak kira drp pertubuhan SSG mana; Gayong Malaysia, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Sundang, Gayong Serantau, PASAK - kita semua adalah drp rumpun yg satu - drp ADMAR & Allahyarham Meor Aziz (jgn lupakan tokoh ini juga) Perjuangan yg sama hanya berlainan platform shj, GAYONG tetap GAYONG! Saya adalah org lama (bermula awal 70an) drp Pulau Pinang, anak murid Mat Jepun.

    Teruskan usaha murni tuan-tuan.
    Wassalam.

  • shams said:  

    Terima kasih atas sokongan pihak tuan. Semoga ia boleh dijadikan motivasi secara berterusan. Harap pihak Tuan dapat emailkan nama dan alamat kepada kami. Mungkin satu hari kami akan menyinggah di tempat Cikgu bagi merapatkan hubungan atas nama SeIslam dan Segayong

  • Amsyahril Syahril said:  

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


  • Leave your response!