Jawapan Kepada Email (12): Buah Gayong Di Curi?

Thursday, September 10, 2009 Leave a Comment

....... Banyak buah Gayung dicuri dan digunapakai dalam pertubuhan yang bukan Gayung atau kata bukan cabang gayung. Bagaimana tu cekgu!....
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Silat ada satu cabang seni beladiri yang berasaskan tamadun keilmuan masyarakat melayu tetapi dari sudut fizikal, ia berasaskan fisiologi manusia yang mana manusia ada 2 tangan dan 2 kaki.

Sekiranya difikirkan maka semua pihak boleh melakukan perkara yang kita mampu lakukan dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu ada pesanan agar buah silat jangan ditunjuk di hadapan khalayak. ADMAR juga berpesan bahawa Silat Seni Gayong adalah silat perang dan bukan silat pertunjukan. Cuba fikirkan dan ikhtibar daripada pesanan tersebut. Mungkin orang melayu lama dah mulai bimbang plagiat akan berlaku pada masa akan datang.

4 comments »

  • GAYUNG said:  

    "Sebab itu ada pesanan agar buah silat jangan ditunjuk di hadapan khalayak. ADMAR juga berpesan bahawa Silat Seni Gayong adalah silat perang dan bukan silat pertunjukan. Cuba fikirkan dan ikhtibar daripada pesanan tersebut"....KENAPA MASIH ADA VIDEO2 SILAT DI YOUTUBE DAN APE YG KITE PERTUNJUKAN ITU SEBENARNYE MEMBUKA RAHSIA SILAT ITU SENDIRI???..."JGN PECAH RAHSIA GAYONG, NNT HARIMAU HILANG KUKU"

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    Salam, Itu biarlah gurulatih dan pentadbiran mereka yang terlibat fikirkan. Bagi saya dan rakan2, kami tidak pernah berniat untuk mempamerkan permainan silibus dalam pentas kami. Sebab itu ada org tegur kami "kenapa lain permainan itu dan ini"..

    Silibus kami simpan. Yang bukan silibus kami tunjukkan. tapi apa pun ilmu Allah yang berhak.

  • al-Mustafa said:  

    Benar kata CG Shams itu.Secara peribadi saya berpendapat begini"Tunjuk utk kebaikan nama Gayong itu sendiri.Rahsia tetap rahsia" Sedang kan mengikut kata jurulatih Bela Diri Baju Putih saya dulu, sedang mereka yg memiliki Black Belt 5 Dan ke atas akan berpeluang bertemu dgn Master utk belajar buah2 asal bela diri itu.Ini jg amalan mereka.

  • Admin said:  

    tradisi di sini masih kekalkan tiada silibus dipertunjukkan. Dulu takper la takde video lagi. Sekarang mudah sngat diambil org.. bukan bimbang ilmu itu tapi trademark dan copyright hilang la nanti

  • Leave your response!