,

Himpunan Anak Gayong MTM Panchor 1992/1993 Sehingga Kini

Monday, September 07, 2009 Leave a Comment

Gambar Cikgu Shams bersama Cikgu "Ustaz" Wan Mohd Hafiz pada tahun 1995

Himpunan yang telah diwar-warkan seawal Ramadhan telah pun ditetapkan pada Hari Raya ke-5. Satu majlis pertemuan kembali Anak-Anak Gayong MTM yang bermula sejarah rasminya pada tahun 1993 mungkin akan mencoretkan pelbagai reaksi menarik apabila semuanya telah menjadi bapa-bapa. Malah dalam Silat Seni Gayong hanya ada beberapa orang sahaja yang masih aktif termasuk Cikgu Shams dan Cikgu Sabli "mahagaru" daripada kumpulan pertama, Cikgu Aqili daripada kumpulan Kedua dan masih ramai daripada kalangan kumpulan ke-empat.

Majlis tersebut akan diserikan dengan jamuan makan perjumpaan senior dan junior selain daripada demo silat besar-besaran akan dibuat oleh Anak Gayong yang masih bergayong di MTM pada tahun ini. Penyampaian Bengkung yang diuji oleh Cikgu Wan Abdul Halim di Bachok tempohari juga bakal disampaikan pada hari tersebut.

Beberapa nama besar yang pernah menggegarkan nama Gayong di Kelantan turut akan hadir dan cuba dipujuk hadir walaupun pelbagai kesulitan dan permasalahan pernah berlaku sehingga ramai antara kami 'merajuk hati' dengan PSSPGM kini.

Untuk pengetahuan semua, Kumpulan Pertama PSSPGM MTM adalah antara kumpulan yang teramai menjadi gurulatih di kawasan Kota Bharu dan Bachok yang mana kumpulan tersebut antara pelopor pembukaan PSSPGM Cawangan Pekeliling (Kota Bharu) sehingga mendapat banyak gelanggang di bawah seliaan mereka. Yang mana pada masa tersebut kesemua gurulatih adalah didatangkan daripada MTM sehingga beberapa gelanggang hasil didikan Anak Gayong (Kumpulan Pertama) daripada MTM berjaya di angkat sebagai gurulatih seperti Maktab Sultan Ismail, Maktab Pengajian Islam dan Sekolah Menengah Pintu Geng dan beberapa gelanggang awam seperti Taman Seri Chekok.

Selain daripada itu, Kumpulan pertama Anak Gayong MTM juga antara pelopor beberapa Gelanggang di seluruh Malaysia dan kini masih lagi aktif walaupun di bawah jagaan kumpulan peringkat bawahan malahan ada bukan lagi di bawah PSSPGM tetapi masih Gayong. Selain daripada itu, mereka ini antara mereka yang mengasaskan dan menghidupkan Silat Seni Gayong di Universiti Al Azhar dan bumi Mesir.

Namun jemputan kehormat yang bakal ialah ustaz Wan Mohd Hafiz selaku rakan kami dan gurulatih yang banyak membimbing gelanggang PSSPGM MTM pada kumpulan pertama yang juga bekas pelajar MTM, sebelum beberapa tangan lain turut memberikan sentuhan kepada gelanggang MTM seperti Cikgu Awang Daud dan Arwah Zulkarnain.

Kami sedang mengusahakan jemputan melalui internet seperti chatbox, email dan sebagainya. Manakala sebarang kemaskini yang dibuat terhadap alamat, jemputan akan dibuat secara peribadi oleh pihak Gurulatih kami. Sebarang kemaskini dan keterangan sila telefon pihak kami di atas atau SMS kan alamat anda.

Selain daripada menu utama yang bakal disediakan (kesemuanya adalah ditaja oleh PSSPGM MTM, KSSG dan gurulatih-gurulatih), pihak kami juga menyeru agar kesemua Anak Gayong MTM dapat membawa sedikit kuih raya bagi memeriahkan lagi menu kita pada hari tersebut. Tradisi ini (pot luck) telah diamalkan oleh PSSPGM MTM semenjak dahulu dan juga KSSG.

Untuk menghangatkan lagi makluman ini, pihak kami akan memuatkan beberapa gambar lama sekitar 1993 sehingga 1996 yang mana kumpulan pertama PSSPGM MTM merupakan gurulatih di kawasan Kota Bharu dalam masa 2 hari. Beberapa gambar telah siap dan harap dapat mengimbau nostalgia lama persahabatan dan pengorbanan kami di masa lalu.

Terima kasih.

Sila klik ke;

5 comments »

  • Putra said:  

    sebenarnya bkn PSSPGM kok lanas, kami bergerak dibawah cawangan PSSPGM melor, cawangan melor masih hidup, tp disebakan kami ingin bergabung dengan PSSPGM kadok,dan KB,pada mulanya kami telah membuat musyawarah ingin menubuhkan PSSPGN ( PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG NUSANTARA), tapi ada dikalangan mereka yang macam gila jawatan, cara kamai bukan macam tu, kami lebih mementingkan ahli, mementingkan perkembangan silat ini supaya seni silat ini tidak mati begitu sahaja. jadi kami membuat keputusan keluar dan merancang menubuhkan Kelab Silat Pencak Gayong Raga Sukma Kok Lanas. kelab kami dalam proses pendaftaran.

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    Kalau ikut pada PSSPGM Pusat; Cawangan Melor dan Pekeliling sudah terbatal. Manakala tidak pernah dengar ada pendaftaran mengenai PSSPGM Kadok di bawah PSSPGM Pusat.

    Kenapa tak hadir ke gurun sekali sekala kursus ke... boleh rapat balik hubungan kita.

  • Anonymous said:  

    alhamdulillah... sekalung tahniah dan syabas kepada anak-anak gayong yang baru dan yang lama . kepada sahabat2 lama MTM tahniah diatas kejayaan mengajurkan majlis hari raya baru2 ni...terutama Cikgu Syams..dan AJK induk2. Sejarah pembukaan PSSPGM di MTM amat bersejarah.. dan penuh bermakna segala liku pahit manis penat lelah hanya Allah S.W.T saja yang tahu.. namun setelah hampir 17 tahun, PSSPGM masih lagi wujud di MTM .. alhamdulillah dan tahniah kepada gurulatih dan rakan2 yg tak kenal erti penat jemu dalam menongkah arus perjuangan...teruskan perjuanganMU.. (kepada anak2 gayong,,rakan2 dan sahabat lama kalu ado kelapangan .. singgahlah di teratak hamba di kedondong ,kedai lalat.. KLANTAN.. buleh makey teh dan sembang2.. :)).. posted by* Wan Mohd. Hafeez bin Mohd. Yusoff 16.10.09 (12.30 pm..)danau_hijau1965@yahoo.com/ one2zoom@gmail.com.. "to bro syams"... nak gelak tgk gambar kawe dan gambar demo hok posted kat atas nun.. kawe tok pernoh kelih gambar tuh... kalu ado dale simpanan demo hok lain2... tlong email ko kawe deh.. tq.. wassalmualaikum.

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    ada lagi beberapa gambar lain... gambar zaman muda.. esok nak tunjuk kat anak senang. Zaman muda ayah tough sikit. Tapi bila tua ni.. "perabih berah jah!"

  • Anonymous said:  

    perabih ko beras takpo lagi.... asal jgn seludup beras...sudah...hehehe

  • Leave your response!