Orang lama: Cikgu Ahmad Ismail (Cikgu Mad Puteh atau Cikgu Mad Jepun)

Wednesday, April 15, 2009 Leave a Comment

Cikgu Ahmad Ismail
(Cikgu Mad Jepun @ Mad Puteh)
Tel: 019-5432343

Guru lama ini tidaklah saya kenal mana malah saya tidak pernah bertemu mata dengannya. Namanya serta penglibatannya tidak banyak diperkatakan di dalam internet dan mana-mana tulisan.

Orangnya kekal sebagai low profile sehingga nama Ahmad Ismail tidak segah mana bagi genarasi muda Gayong kini. Tetapi nama Mad Jepun atau Cikgu Mad Puteh agak terkenal di kalangan Anak Gayong mahupun generasi muda Gayong kerana ada banyak cerita daripada orang-orang lama mengenai jasanya mengembangkan Gayong di awal perkembangan Gayong di Tanah Melayu ini, terutama di katakan di negeri Pahang Darul Makmur.

Nama panggilan Cikgu Mad Jepun dikatakan mula dipanggil apabila beliau terpilih ke Jepun bersama kumpulan demontrasi Gayong bersama Arwah Mahaguru yang mana telah memberikan satu pertunjukkan yang hebat di hadapan Maharaja Jepun pada masa itu.

Namun apa yang menarik untuk dikongsikan bersama mengenai guru lama yang berasal daripada Pulau Pinang ini ialah tentang semangat Gayongnya. Sehingga kini, Cikgu Mad masih dikatakan sangat aktif dalam mengajar dan menghadiri majlis Gayong di seluruh Malaysia berbekalkan kesihatan yang masih lagi mengizinkan.

4 comments »

  • kaza said:  

    saya murid kepada cikgu ahmad bin ismail
    ni no saya 0175922396(kaza)

  • shams bangi [014-99 33 SSG] said:  

    Terima kasih. Jumpa CIkgu bila balik semenanjung naa..

  • Anonymous said:  

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Adiwijaya Abdullah pada 10 April 2010 di pejabat baru (Puteri Park Plaza, Ampang) telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan kehadiran Cikgu Mat Jepun (Ahmad Ismail) mengisytiharkan hasratnya untuk bersama dengan gerakan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Langkah Cikgu Mat amat mengharukan ahli-ahli mesyuarat terutamanya dalam kalangan ahli-ahli lama seperti Cikgu Kahar Redza, Mustafa Kamal Sharif, Datin Feridah Abu Johan dan Tuk Ismail Jantan
    http://www.gayong.com.my/berita.html

  • shams said:  

    Alhamdullilah.. perkemas yg mana ada.

  • Leave your response!