,

Khatam Permainan Keris Silat Seni Gayong

Saturday, April 25, 2009 Leave a Comment

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris. Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris Melayu adalah amat berbisa dan amat susah menangkap lawan yang hebat bermain keris.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:

  • Ayam (seekor) - bagi jamuan pesilat
  • Bunga (tujuh jenis,tujuh warna) - mandian
  • Sirih pinang berkapur gambir -makanan tradisi
  • Pisang emas (sesikat) - jamuan
  • Kuih-muih Melayu(tujuh jenis) -jamuan
  • Lilin (sebatang) - penerangan kegelapan
  • Pulut putih/kuning (sepiring) -jamuan
  • Limau nipis/akar sintuk - mandian
  • Rokok daun bertembakau (segulung) - tradisi
  • Pelepah pisang - tradisi
  • Sehelai daun kelapa
Sesetengah tempat menambah sebilah keris kayu sebagai replika keris yang dimiliki oleh pesilat sebagai hanyutan ke laut. Tetapi ada juga guru tidak menggunakan lagi tradisi itu kerana bimbang mengenai pandangan masyarakat mengenainya mahupun suatu penerangan logik dan religus atas tindakan tersebut.

2 comments »

  • alhakim said:  

    salam cik.hisham.,
    ape khabar?
    sy disini nak tanya sdikit pasal keris ni penting ke utk khatam?
    adakah sy perlu berkhatam keris terlebih dahulu sebelum mengambil ujian bengkung seterusnya??

    from:amrulhakim@gmail.com

  • Shams "Bangi" said:  

    dalam pusaka Gayong, kami dah tidak buat khatam keris dan lembing lagi..

  • Leave your response!