,

Jawapan Kepada Email (2): Kenapa Cikgu Awang bin Daud?

Thursday, March 19, 2009 Leave a Comment

Kenapa saudara suka meletakkan Cikgu Awang Daud di web Tuan seolah-olah Awang Daud adalah ketua dalam Gayong Pusaka. Mungkin Tuan masih tidak tahu bahawa Awang Daud sudah ketepikan silat Gayung Pusaka dan tak menghadiri apa jua mesyuarat dan majlis Gayong Pusaka? Harap saudara dapat betulkan matlamat perjuangan anda.


Email tersebut saya dah delete awal lagi selepas baca. Padam tanpa bukti. Sebab ada sikit rasa geram tetapi geram secara peribadi. Tapi tanpa balasan kepada persoalan tersebut, saya takut ada pula isu dan persoalan sedemikian diteruskan tanpa penjelasan yang akademik.

Saya tidak mahu memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan tersebut kerana setepat mana jawapan saya, ia masih bersifat pandangan dan jawapan individu iaitu daripada saya sendiri.

Persoalan Pertama: Kenapa saudara suka meletakkan Cikgu Awang Daud di web Tuan seolah-olah Awang Daud adalah ketua dalam Gayong Pusaka
  • Cikgu Awang bin Daud atau dipanggil Paksu oleh saya adalah seorang murid kanan kepada Arwah Dato Meor Rahman dan menerima izin dalam ilmu dan perlimau dalam soal Silat Seni Gayong;
  • Cikgu Awang bin Daud juga merupakan seorang guru Gayong yang banyak merantau di Malaysia ini dalam mengembangkan Gayong semasa di bawah Dato Meor bin Rahman dengan pernah mengajar bagi negeri Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor termasuk Kuala Lumpur. Malah selepas perpecahan 1978, beliau masih aktif merantau dan tinggal merata termasuk terpaksa meninggalkan keluarga dalam mengembangkan Gayong. Beliau hanya berhenti merantau pada sekitar tahun 1998 apabila beliau dan anak-anaknya balik daripada Kelantan dan tidak lagi tinggal di sana. Usaha dan komitmen beliau amat saya hargai dalam perjuangan Gayong dan tidak salah sesiapa sahaja menjadikan beliau sebagai idola;
  • Cikgu Awang bin Daud juga merupakan gurulatih silat yang amat disegani bukan setakat di Kedah mahupun Malaysia tetapi masih menjadi tumpuan di serata dunia;
  • Cikgu Awang bin Daud merupakan antara anak murid kesayangan Arwah Dato' Meor Rahman dan menjadi kepercayaan Arwah semasa termasuk dalam soal penyusunan silibus yang digunapakai pada hari ini;
  • Cikgu Awang bin Daud merupakan antara pakar dalam bidang tertentu yang mana samada setuju atau tidak masih lagi memerlukan rujukan beliau di dalam Gayong seperti kombat, pukulan, parang dan pisau;
  • Memang kini Cikgu Awang Daud tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam Pusaka Gayong. Adakah beliau ditawarkan apa-apa jawatan atau kenapa tidak ditawarkan, rasanya ramai di sini tidak pernah tanya beliau sendiri. Saya secara peribadi amat setuju orang lama sebegini diletakkan di Majlis Adat atau majlis Gurulatih bagi bidang kemahiran beliau;
  • Cikgu Awang bin Daud adalah antara gurulatih saya semasa di Kelantan dan menjadi kebiasaan saya merujuk mengenai masalah Gayong kepada beliau bagi mendapat pandangan dan saya serta keluarga sering singgah di rumah beliau;
  • Saya secara peribadi tidak pernah mengagumi apa jua ilmu, kemahiran ataupun kehebatan Cikgu Awang bin Daud tetapi sepanjang mengenali beliau dan pengalaman belajar dan mengajar, beliau merupakan seorang gurulatih yang bagus dari sudut kualiti dalam melahirkan gurulatih yang berdisiplin;
Persoalan Kedua: Mungkin Tuan masih tidak tahu bahawa Awang Daud sudah ketepikan silat Gayung Pusaka

  • Saya bersama Cikgu Awang bin Daud dan Arwah Zul di Kelantan lagi semenjak tahun 1994/95, sudah pasti saya mengetahui mengenai ADMAA sekiranya itu yang dimaksudkan oleh email itu. Tetapi adakah pernah kita bertanya dan mengetahui perkara kelahiran ADMAA? Kenapa Cikgu Awang tidak mahu hentikan ADMAA di Kedah? Cuba lah singgah dan tanya sendiri. "Saya tak tahu"
  • Saya juga tidak tahu samada Cikgu Awang yang mengenepikan Pusaka Gayong atau Pusaka Gayong telah ketepikan beliau. Mungkin pihak yang ingin jelas mengenai perkara ini boleh singgah sendiri di rumah beliau;
Persoalan Ketiga: tak menghadiri apa jua mesyuarat dan majlis Gayong Pusaka?
  • Apa yang saya tahu mengenai Guru saya itu, beliau jarang menolak undangan mengenai silat. Majlis, Mesyuarat, Latihan dan Kursus, semuanya pantang diajak, beliau akan bertandang. Silat dan dirinya amat sebati. Maka sekiranya ada kelainan daripada sifat tersebut, silalah bertanya kepada beliau agar lebih jelas;
  • Menurut apa yang saya tahu mengenai kursus di bulan Disember 2008, beliau tiada menerima apa jua jemputan mengenainya sehingga dimaklumkan dan dijemput oleh Cikgu Majid sendiri secara lisan pada sebelah pagi. Maka beliau ada hadir pada tengahari tersebut;
  • Mengenai mesyuarat saya tak pasti samada beliau pernah dimaklumakan atau sebaliknya mengenai apa jua mesyuarat. Yang pasti, Mesyuarat Agung tempohari sepatutnya dihadiri beliau kerana telah dijemput oleh Cikgu Majid secara lisan 2 hari sebelum Mesyuarat Agung tetapi beliau terpaksa berpatah balik kerana hujan terlalu lebat dan basah kuyup;
Persoalan Keempat: Harap saudara dapat betulkan matlamat perjuangan anda.

Saya secara peribadi ada beberapa matlamat dalam mengembangkan Silat Seni Gayong-

  • Bertawakkal kepada Allah SWT agar ada dikalangan murid Gayong saya menjadi gurulatih dan berterusan memberikan ilmu Gayong kepada generasi baru agar pahala dari sudut ilmu akan turut dirasai oleh saya dan berterusan walaupun saya dah mati kelak;
  • Bertawakkal kepada Allah agar dapat lahirkan ramai gurulatih dan murid Gayong di dunia ini dengan tangan saya bagi membolehkan doa pembukaan dan penutup gelanggang yang menghadiahkan bacaan AL Fatihah, Al Ikhlas, dan Selawat turut disedekahkan kepada saya walaupun saya dah mati kelak (ingat balik ayat buka gelanggang yang saya sebut "guru-guru Gayong kita");
  • Mendidik anak Seagama dengan saya agar lebih berdisiplin seterusnya menjadikan muslim dan mukmin yang berjaya dalam hidup;
  • Mendidik dan memotivasikan anak Seagama saya agar cemerlang dalam akademik dan pelajaran mereka agar memberikan kesan positif dalam soal pemikiran (mentaliti) dan kehidupan mereka dan keluarga mereka;
  • Meningkatkan tahap ekonomi Anak Gayong di bawah pimpinan saya dengan pelbagai peluang ekonomi dan mentaliti yang maju dari sudut ekonomi tanpa kenal putus asa. Peningkatan ekonomi juga dilaksanakan dengan perkongsian ilmu tertentu bagi bekalan dan amalan dalam menjana ekonomi harian;
Bagaimana pula Matlamat anda dalam Gayong? nak hebat? Mati juga nanti!

11 comments »

  • Panglima Gayong Warisan said:  

    Kenapa la depa suka dok buat blok antara satu sama lain. Cikgu Awang pun kan OK. Baik semua semua cikgu lama yang ada. Kenapa nak pecah belahkan antara depa.

  • singahitam said:  

    untuk berkata lebih, aku hanya bekas anak gayong yang awan putih...apapun tetap berdoa gayong kembali bersatu

  • shams said:  

    INsyaAllah.. Amin.

  • Amir Ridhwan said:  

    Tanpa mengira apa jawatan semasa, Cikgu Awang Daud adalah guru yang sangat dihormati. Jika kita boleh hormat pada tok guru silat lain, kenapa tidak dengan Cikgu Awang? Kalau dilihat dari segi ilmu, kemahiran dan sumbangan, siapakah kita untuk dibandingkan dengan beliau?

  • shams said:  

    betul wan!

  • Siapa Tahu Aku said:  

    sokong cikgu shams...

  • Admin said:  

    Terima kasih..

  • Anonymous said:  

    berpecah belah hanya boleh meruntuhkan agama, bangsa & negara kita...kenapa ini harus terjadi...

  • shams said:  

    Saya setuju. Kita mulakan daripada kita sendiri.

  • Anonymous said:  

    Benda yg lama jgn dikenang, kalau dikenang lama2 akibat sangat buruk. Cikgu mana2 pun mereka tetap Cikgu. SIapa hebat tu belakang kira. Penting skali kite semua dibawah satu seni dan nama maka perpaduanlah menyatukan semua. Biarlah org yg berkenaan selesaikan masalah mereka. Yg kite setahun jagung jgn lah marakkan lagi keadaan. Salam sahabat.

  • Admin said:  

    memang itu yg kami laksanakan. Kami sentiasa berpaduan atas nama seni Gayong dan akan beri komitmen dalam mengembangkannya. Lebih2 lagi kalau CIkgu Awang pun minta sedemikian. Sayangnya dia dijauhkan.

  • Leave your response!