Jawapan Email (3): Apa pangkat Cikgu Dalam Gayong ni?

Monday, March 23, 2009 Leave a Comment

Apa Pangkat Cikgu Dalam Gayong ni?


Jawapan: Ini bukan email tetapi melalui IM yang dihantar oleh seorang anak Gayong daripada PSSGM yang mana sering menanyakan soal latihan kepada saya. Niat pertanyaannya baik tetapi banyak persoalan begini saya terima, baik saya jawab saja.

Soalan ini tertumpu kepada saya kepada diajukan kepada saya.

Secara cuma orang diajar Silat Seni Gayong dan kemudiannya mengajar Silat Seni Gayong. Dari sudut pentadbiran, saya tiada apa jua pangkat mahupun darjat untuk dibanggakan. Dari sudut adat juga sedemikian, saya tiada apa jua sandang kebesaran dan gelaran yang memberikan apa jua status dalam Silat Seni Gayong baik dalam mana-mana pertubuhan. Sandang Khalifah Muda juga diberikan dan dinominasikan oleh pihak PSSPGM Negeri yang dibuat secara peringkat bengkung semata sebagaimana yang prosedur biasa dan bukan diberikan atas jasa besar saya secara individu atau kerja berkumpulan.

Cuma dalam KSSG, saya pengerusi dan penubuhannya adalah ditiangi beberapa alasan dan sebab yang mana matlamat penubuhannya menampakkan hasil.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    Depa patut bagi cikgu sandeng singa malaya, nakker?

  • Shams "Bangi" said:  

    hehehe... Singa mana ada kat Malaya. Harimau ada la.. Singa yang ada di Malaya ni kat Zoo saja.

  • Shams "Bangi" said:  

    Saya ni silat kurang pandai. Tak retipun. Cuma berharap dengan aktiviti ini kita boleh melangkah jauh dalam pembentukan sikap dan mentaliti yang lebih baik. Nak hebat, itu kehendak Allah SWT.

  • Shams "Bangi" said:  

    Ada orang bagi saya SMS tadi mengenai kesilapan terhadap menaip saya yang memberikan tanggapan lain dan maksud yang boleh memberikan persepsi negatif kepada pihak yang terlibat.

    Terima kasih atas teguran dan pindaan telah dibuat bagi selaras dengan maksud penulisan saya. Sebarang kesilapan dari sudut maksud atau apa jua pandangan peribadi pihak lain amat saya kesali dan diakui kesilapan saya.

    Terima kasih atas apa jua teguran yang diberikan.

  • Leave your response!