Pert. Silat Seni Pusaka Gayong (Selangor) Malaysia | Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya Melalui Majalah Seni Beladiri

Monday, February 02, 2009 Leave a Comment

InsyaAllah! sekiranya tiada apa jua halangan dan pemasalahan, bermula daripada bulan Mac dan seterusnya pihak kami akan mengiklankan kelas latihan silat kami di Majalah Seni Beladiri keluaran Azlan Ghanie (M) Sdn Bhd.


Selain itu, blog ini juga akan turut dipromosikan bersama iklan tersebut bagi memudahkan peminat Silat Seni Gayong mendapatkan berita terkini mengenai kelas latihan dan program terkini kami.

Untuk mengelakkan kekeliruan, kesemua pembayaran iklan berjumlah RM240.00 setahun (sekiranya iklan dibenarkan oleh Seni Beladiri secara berterusan) akan ditaja khas oleh seorang individu. Nilai jumlah bayaran iklan tersebut juga mungkin akan meningkat selepas September 2009 ekoran kemungkinan lambang persatuan/kelab akan dilampirkan bersama iklan. Namun sebarang peningkatan bayaran iklan tersebut akan terus ditaja oleh individu tersebut. Makluman ini adalah bagi menjelaskan bahawa tiada kewangan kelab digunapakai bagi tujuan tersebut selaras dengan azam 2009 yang akan mengutamakan penjimatan maksima bagi menyalurkan kesemua kewangan kelak kepada Tabung Pusat Latihan KSSG pada 2011.

Pihak kami berharap dengan pengiklanan tersebut, berita-berita terkini mengenai Silat Seni Gayong amnya akan mudah diketahui umum terutama kepada pecinta silat. Manakala artikel-artikel mengenai program kami dan berita Silat Seni Gayong akan diberikan ruang di dalam Majalah Seni Beladiri kelak bagi kebaikan seni silat keseluruhannya.

Sehubungan dengan permohonan tersebut, surat permohonan iklan tersebut telah difakskan dan diposkan bersama pembayaran tajaan sebanyak RM120 bagi iklan bulan Mac sehingga Ogos 2009. Semoga seni silat terus berkembang dan diberikan ruang yang adil di bumi sendiri.

1 comments »

  • Sivaji The Boss said:  

    Caya la.. Necafe tarik rendee!

  • Leave your response!