Laporan Latihan Tertutup Senjata

Tuesday, February 17, 2009 Leave a Comment

Latihan dan kursus tertutup senjata pada 3 hari sempena Tahun baru Cina baru-baru ini dijalan oleh Cikgu Sabli kepada beberapa Anak Gayong dewasa terpilih sahaja. Kehadiran Cikgu Sabli tidak sia-siakan dan beberapa silibus diperkemaskan kembali antara Cikgu Shams dan Cikgu Sabli sementara beberapa Anak Gayong dewasa diberi peluang mengingatkan sebahagian daripada silibus tersebut;

Parang- Cikgu Hazil, Cikgu Hasrul
Kaki, Cekik, Pecahan Pukulan dan Kunci Mati - Cikgu Kamaruzaman, Cikgu Hazil, Cikgu Hasrul, Cikgu Abu Hassan
Lembing - Cikgu Shams & Cikgu Hazil & Cikgu Sabli
Keris - Cikgu Sabli sahaja
Cindai & Rantai - Cikgu Shams dan Cikgu Sabli sahaja
Asas Tangkapan Kaki & Kunci Kaki - Mahathir, Abang Rahman & Jai

Bagi menampung kos pengangkutan dan makan minum Cikgu Sabli yang sudi hadir memperkemaskan silibus lama dan baru antara beliau dan Cikgu Shams dan kesudian dalam memberi tunjuk ajar kepada Anak Gayong dewasa di Puchong, KSSG ada memberikan sedikit saguhati berbentuk kewangan tetapi kesemua sumbangan KSSG tersebut dikembalikan kepada Dana Bangunan kami.

Terima Kasih Cikgu semua!

Nota: Cikgu Sabli adalah batch silat pertama daripada SMU (A) Tarbiah Mardziah Kelantan bersama Cikgu Shams Bangi mengajar di beberapa buah sekolah di Kelantan. Beliau juga bekas partner demo Cikgu Shams bagi semua jenis permainan pisau sehingga tahun 1998. Mereka masih mampu bermain bersama walaupun tidak selincah dahulu semasa latihan keris tempohari. Mungkin dua-dua ada masalah badan kot.

1 comments »

  • 'Cikru' Man panji said:  

    Cikgu Sabli mash bujang. Ada sesaper nak kenenkan kakak ke?

  • Leave your response!