Kursus Asas Saraf Tangan, Asas Kiropraktik dan Bekam Sunnah Berjaya!

Monday, February 02, 2009 Leave a Comment

Pihak kami telah mengehadkan penyertaan kepada 10 orang sahaja bagi kursus yang berlangsung semalam bagi membolehkan penumpuan dibuat kepada semua peserta. Namun hanya 7 peserta yang hadir semalam tidak termasuk Encik Rahmat Junid selaku tenaga pengajar dan saya sendiri selaku pembantu semasa praktikal sahaja.

Di antara peserta paling jauh kali ini ialah Cikgu Ismail Abdullah iaitu Ketua Beradat daripada PSSPGM Pulau Pinang yang bertugas di Institut Perguruan Tunku Bainun. Semasa anugerah sandang kebesaran pada 31.12.2008 tempohari di Kedah, beliau mengalami kesulitan akibat gout, atas alasan yang sama beliau hadir bagi mempelajari bekam sunnah kerana ada bukti daripada rakannya bahawa bekam adalah satu perubatan yang mampu dan berkesan bagi mengubati penyakit gout.

Kursus kali ini juga amat berbeza dengan kursus sebelumnya kerana penerangan dibuat secara terperinci walaupun masa yang agak terhad. Malah pada saat akhir, kami telah menyediakan makan tengahari kepada semua peserta walaupun mengikut jadual, makan tengahari tidak disediakan. Ini kerana pihak kami terlalu kesuntukan masa dan pembekalan makanan akan mmemberikan kami masa yang lebih. Ternyata masa kursus selama 9 jam tersebut tidak mencukupi.

Selain daripada nota kursus yang lebih lengkap dan teratur, penerangan kali ini juga menggunakan peralatan teknologi seperti slid yang dipancarkan terus bagi perbincangan. Beberapa video juga ditontonkan bagi menjelaskan lagi teknik-teknik berkaitan saraf tangan, kiropraktik dan bekam sunnah.

Dengan bilangan penyertaan yang terhad, akan memberikan lebih kesan positif dalam pemahaman dan perbincangan di antara peserta dan tenaga pengajar. Tempat kursus kali ini juga lebih kemas dengan penyediaan meja dan kerusi selain daripada peralatan teknologi yang lain. Ini adalah berkat sokongan kepada kursus yang lepas.

Selepas solat zuhur, kami telah mendedahkan secara 'live' bagaimana & teknik asas yang paling mudah dalam kiropraktik yang boleh diselitkan sebelum berbekam. Sejurus kemudian praktikal bekam dibuat ke atas kesemua peserta yang mana setiap peserta dibekam dan membekam. Namun penekanan cara diagnosis tapak tangan juga diterapkan sebelum berbekam.

Setiap peserta didedahkan pengalaman berbekam yang tiada had apabila hampir keseluruhan poin bekam sunnah dicuba dan dipraktikkan di bawah pengawasan tenaga pengajar dan ahli lama.

Jangkaan kursus yang tamat pada jam 5.00 petang adalah terlalu singkat apabila kursus semalam ditamatkan pada jam 7.30 malam.

Terima kasih atas sokongan anda!

2 comments »

  • [Azizan Ramly] said:  

    salam tuan..

    bile bley dpt koleksi gambor kursus bekam ni.. hehe.. hr tu lupe bawak kamera

  • Shams "Bangi" said:  

    maybe malam esok saya upload. Apa2 copy paste je dari sini. Gambar mungkin tak clear juga. kalau nak yg jelas cantik, tanya cikgu mail.

  • Leave your response!