,

Gelanggang Baru - Kampung Tengah / Kampung Sg. Baru, Putra Height

Thursday, February 12, 2009 Leave a Comment

Atas permintaan individu tertentu, pihak kami akan membuka satu lagi gelanggang silat di Kampung Tengah atau di Kampung Sungai Baru yang menuju ke Putra Height, Subang Jaya. 3 Dewan ditawarkan untuk dipilih termasuk gelanggang futsal di luar dewan menjadi 4 tempat sebagai pilihan utama. Kebenaran telah diperolehi 100% manakala perbincangan mengenai sewa penggunaan adalah sebanyak RM30.00 setelah mendengar pihak JKP Bandar Bukit Puchong mengenakan RM40 sebulan. Kegiatan masyarakat sepatutnya tidaklah dikenakan sewa sebab silat bukan cara kami cari makan. Bukan macam seni beladiri lain.

Sekiranya pengunaan dibuat atas gelanggang futsal, mungkin sewa tidak dikenakan. Tetapi melihat pada keadaan kerana situasi latihan terbuka mungkin merumitkan latihan kelak.

Gelanggang tersebut yang pasti tidak diselenggarakan oleh Cikgu Sham atas komitmen yang lain. Keputusan siapa yang bakal memegang gelanggang tersebut, masih belum diputuskan. Kepada Anak Gayong Puchong, siapa cepat dia dapat!.

3 comments »

  • Malaysian Makcik said:  

    mana boleh kasi free. bill air dgn elektrik sapa nak bayar? RM30 tu pun dah gila murah. berapa kali nak prektis dalam seminggu tak citer kat i pun?

  • Hazil said:  

    Namapun kegiatan kemasyarakatan kan makcik...kalau nak dibayar...tiada masalahpun... apalah sangat RM 30 tu kan makcik... tapi kalau bila yuran silat tinggi sikit, semua dah melenting. Biarla sepadan dengan ilmu yang dikongsi kan makcik kan.Kita berniat nak berkongsi ilmu dengan masyarakat sekitar yang berminat. Berapa kali makcik/anak makcik nak praktis?

    Terima kasih.

  • Shams "Bangi" said:  

    Kami cuba bincang sekiranya dewan tersebut boleh diambilalih untuk dimajukan oleh pihak kami. Aktiviti silat mungkin menjadi keutamaan tetapi aktiviti lain seperti aktiviti kepada para penjaga dan penduduk kampung juga akan digarapkan.

    Cuma permasalahan utama, bagaimana nak majukan dan bawa aktiviti ke dewan tersebut.

    Kedua soal bil air dan api boleh kami bayarkan setiap bulan termasuk kos mesin rumput tu. AJK akan untung dari sudut kemajuan aktiviti dan bil air api. Semua orang untung. Kalau permohonan kami tidak dibenarkan, takper, kami masih mampu bergerak di tempat sewaan kami dan dewan-dewan lain.

  • Leave your response!