,

AJK Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya 2008-2010

Wednesday, February 18, 2009 Leave a Comment

Knp Cikgu tak masukkan biodata jurulatih cikgu dan AJK yang banyak membantu pembangunan KSSG cikguu? Saya dgr cikgu bangunkan Gayong Cikgu di Subang Jaya secara berseorangan. Betul ke? Tabik! Adakah prinsip setia cikgu sham ada mesukkan dlm jiwa mereka? Adakah Cikgu sham ada usaha untuk mengajak ahli lama agar bersatu?
- XXXXXX@XXXXX.gov.my

Jawapan Cikgu Shams:

1. Profail Gurulatih dan Gambar (pilihan) akan diuploadkan kelak. Hanya yang ada gelanggang sahaja akan dipamerkan.

2. Saya mulakan gelanggang Pusaka Gayong di Puchong dengan bantuan ramai orang, termasuk Anak Gayong yang menyertai gelanggang termasuk guru-guru saya Cikgu Awang Daud, Cikgu Rasip Wahab dan Anak Gayong Selangor masa tu. Kemudian saya letakkan gelanggang saya di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui Pesuruhjaya Sukan dan didaftarkan di bawah nama Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (PJS 2505/07). Pernyataan mengenai saya bangunkan seorang diri adalah spekulasi sahaja.

3. Saya tidak faham maksud prinsip SETIA. Sekiranya ia bermaksud fanatik, saya amat tidak suka individu fanatik dengan silat mereka kecuali hanya menganggap ilmu sebagai tuntutan belajar dan mengajar sebagai kejaran pahala. Itu sahaja. Sekiranya SETIA itu merujuk kepada jatuh bangun bersama saya, saya tidak membai'ah mana-mana ahli saya agar mendampingi saya dan setia kepada saya. Pesan guru-guru saya bahawa ilmu Seni Gayong hanya kepada yang minat sahaja. Sekiranya tidak berminat dan tidak berlatih, saya tidak memaksa sesiapa. Tapi saya ikut pesan guru-guru saya; "ilmu ini tidak boleh di bawa mati, tapi boleh dibekal selepas mati".

4. Saya sepenuh hati menyokong tindakan dan apa jua cara untuk menyatukan kesemua pertubuhan Seni Gayong samada dari sudut pentadbiran mahupun adat ataupun kedua-duanya. Malah melalui aktiviti kami, kami tidak akan lupa bantuan dan rakan-rakan kami daripada pertubuhan Seni Gayong yang lain. Tiada isu bagi kami untuk menyertai program mereka dan begtu juga sebaliknya. Ini antara usaha awal kami dan semoga ianya akan berkembang kepada misi yang lebih besar kepada harapan yang lebih cerah untuk percantuman Seni Gayong.

Saya telah memanggil dan menyatakan hasrat saya kepada ahli lama (SINI) bagi menguatkan barisan kami. Saya ada diminta oleh beberapa orang lama gayong untuk menghubungi beberapa orang bagi tujuan tersebut dan akan dimaklumkan kelak. Cuma saya tidak menghubungi mana-mana anak Gayong lama di bawah pimpinan saya dahulu bagi apa jua berkaitan dengan silat kerana soal prinsip; "Silat bukan periuk nasi saya"

Jawapan ini adalah atas dasar pandangan dan prinsip saya dan bukan Kelab. Sebarang keburukan dan kelemahan adalah saya akui.

5. Ahli Jawatankuasa Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya 2008-2010 adalah seperti berikut;

Pengerusi
Cikgu Mohd Hisham Bin Mohd Nazir

Naib Pengerusi
Cikgu Sabli bin Samsuddin

Setiausaha
Hidayah Adawi

Penolong Setiausaha
Cikgu Ustaz Wan Abdullah Aqili bin Wan Jusoh

Bendahari
Cikgu Abu Hasan bin Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa
Kamaruzaman Awang
Cikgu Hazil Sardi Soliano
Hasrul Fadzli bin Hassan
Mohd Rizal bin Jalani
Cikgu Hazan bin Mat

1 comments »

  • 'Cikru' Man panji said:  

    RUjuk No.2-- Knp Cikgu Suka Jaga Hati Org? Hentam Sajer

  • Leave your response!