Sertai Silat: Malay vs. Non Malay

Wednesday, December 17, 2008 Leave a Comment

"Boleh Tolong jelaskan mengenai pembayaran sekiranya saya nak join silat."

Statement di atas sememangnya statement dan pertanyaan biasa daripada pihak yang berminat dengan silat. Ini sememangnya diakui akan menjadi persoalan yang pertama mereka. Malah pertanyaan sebegini diterima melalui lisan, email dan chat box.

Oleh kerana banyak yang menanyakan soalan ini, kami ambil kesempatan untuk menzahirkan jawapannya terus di sini kerana amat sulit untuk menerangkan satu persatu kepada individu demi individu yang bertanyakan soalan ini.

Bagi KSSG, yuran bulanan adalah penting dan menjadi misi utama kami dalam menyelaraskan yuran bulanan silat. Secara common, kami bersetuju kesemua yuran minima silat adalah RM15.00 dan penetapan bergantung kepada gurulatih. Namun yuran minima harus dipatuhi. Ini bagi membolehkan silat itu sendiri dihargai dan dihormati selain memberikan kesan baik dalam usaha gurulatih mengembangkan silat supaya tanggungjawab didahulukan dalam mendidik anak Gayong terutama apabila menerima bayaran bulanan. Tetapi yuran tersebut tidak lah menjadi punca rezeki mana-mana gurulatih kami setakat ini tetapi kami berfikiran dan berniat sekiranya nilai yuran dapat ditingkatkan kelak selaras dengan kualiti pengajaran dan tahap profesional, kami berharap dapat lahirkan gurulatih silat sepenuh masa.

Di tempat kami, pendaftaran tahunan kelab yang harus dibayar secara tahunan adalah RM15.00 yang mana jumlah tersebut dibayar oleh semua peserta kelab kami setiap tahun tanpa mengira status dan tahap mereka termasuk gurulatih. Tiada yuran pendaftaran silat dikenakan buat masa ini setelah mengambilkira faktor pendaftaran kelab di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Yuran bulanan adalah tertakluk kepada gurulatih dan buat masa ini kesemua gelanggang adalah menetapkan RM15.00 sebulan kecuali Bandar Pusat Puchong (gelanggang peribadi shams) sebanyak RM30.00.

Ramai yang bertanya terkejut atas nilai RM30.00 padahal pada hemah kami RM30.00 terlalu rendah nilainya kerana ia masih tidak dapat menampung kos penyelenggaraan premis dan peralatan semasa apatah lagi elaun bagi gurulatih.

Bukan fakta di atas ingin kami kongsikan dan memperbesarkan cuma soal mentaliti orang melayu dan bukan Melayu.

Pihak kami ada tawaran mengajar kepada bukan melayu atas modul berasingan tetapi terpaksa menolak atas alasan kenapa nak susukan keran di hutan sedangkan anak di rumah kelaparan. Maka kami fikirkan molek untuk tumpukan kepada penyertaan di kalangan orang muslim terlebih dahulu. Tetapi persoalannnya, dalam jangka masa yang panjang baik kami susukan keran dihutan supaya susu itu boleh menjadi darah daging dan pasti tidak membazir kelak daripada memaksa anak sendiri yang tidak mahu menyusu sedangkan masa sedang berjalan.... kami akan mati, susu pun akan masam, sila fikirkan.

Kedua; banyak persoalan daripada bukan melayu kepada kami setelah menerima flyer dan lawatan laman web ini;

Ada buka penyertaan kepada bukan melayu?
Boleh hantar anak saya ke?
Apa silat boleh buat untuk anak saya?;
Anak saya minat silat, saya nak cari silat. boleh ke sini?
Saya sanggup bayar RM1000.00 sebulan untuk ajar silat intensif kepada 3 anak saya. Boleh?

Kesemua soalan di atas telah dijawab dengan jawapan TIDAK BOLEH oleh pihak kami. Tetapi sampai bila kami akan menjawab sedemikian sekiranya anak melayu termasuk ibu bapa tidak menyedari kelebihan berpersatuan dan ukhuwah Islam itu sendiri.

Kami tidak menekankan kepada silat dalam soal ini, cukup kalau ibu bapa memberikan penekanan kepada berpersatuan kepada anak-anak termasuk menghadiri surau/masjid atau apa jua persatuan bagi mendisiplinkan mereka atau ingin mereka berfikiran positif.

Tapi nampaknya banyak anak Melayu yang mengaku Islam lebih suka habiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah dan tingkah laku serta perangai anak muda melayu zaman kita kita sendiri boleh fikirkan..

Soalnya mentaliti kita masih belum berubah dan tidak mahu berubah.

2 comments »

  • Nazrul said:  

    Salam...

    Biasalah tu mentaliti orang kita (tak semua)... malam-malam boleh melepak di kedai mamak satu malam habis koman mau RM5 terbang, sebulan (kalau tiap2 hari layan mamak) mau RM150 terbang utk tujuan melepak yg tak berfaedah tu (nak bersosial konon padahal kalau nak bersosial banyak lagi cara lebih sesuai eg. ke surau, rukun tetangga, gotong-royong kenduri etc etc...).

    Tapi bila tang RM30 SEBULAN utk join kelas silat, boleh pulak mengeluh MAHAL... tetapi lebih MAHAL dari tu boleh pulak mereka bazirkan utk perkara-perkara tak berfaedah.

    Pelik ke tidak?

  • Anonymous said:  

    pelik! pelik!

    Setuju sesangat. Dengar kata perancangan gelanggang baru promosi Gayong telah dibuat. Boleh upodate kami ke cikgu sham

  • Leave your response!