Kursus di PSSPGM Pusat

Friday, December 26, 2008 Leave a Comment

Pada 26-31 Disember 2008, Kursus dan Ujian Bengkung akan di adakan di Gurun Kedah yang mana pihak kami melalui Permintaan PSSPGM Negeri Kelantan telah menghantar beberapa wakil ke sana;

Cikgu Mohd Noor Yaacub (Noor Geting) bagi Bengkung Hitam & Sandang Kebesaran. Kali terakhir beliau mengambil ujian ialah Bengkung Kuning pada tahun 1996. Manakala Bengkung Merah pula diuji pada tahun 1980an.

Cikgu Sabli Samsuddin "Mahagaru" bagi Bengkung Hitam & Sandang Kebesaran. Kali terakhir beliau mengambil ujian Bengkung Kuning pada tahun 1998 dan lulus dan penganugerahan Bengkung Kuning tersebut hanya dibuat secara peribadi oleh Ayahnda Cikgu Majid pada tahun 2000. Bengkung Merah pula di uji pada 1996.

Cikgu MOhd Hisham Nazir "shamsbangi" mungkin hadir bagi kursus Bengkung Kuning sahaja walaupun terdapat permintaan untuk ujian Bengkung Kuning dan Sandang Kebesaran daripada PSSPGM Kelantan. Ujian Bengkung Merah beliau dibuat pada 1996.

Cikgu Wan Mohd Aqili Wan Jusoh bagi Bengkung Kuning dan Sandang Kebesaran. Terakhir mengambil ujian Bengkung Merah pada tahun 1999.

2 comments »

  • galak misai said:  

    Tahniah Cg Sham kerana kini menjadi wakil rasmi PSSPGM di Negeri Selangor dan AJK PSSPGM Pusat. Harap dapat lahirkan gelanggang dan Anak Gayong yg lebih ramai dan berkualiti.

    Tahniah juga atas sandang Khalifah Muda.

  • jannati said:  

    Boleh Webmaster postkan profile Cg Sham di sini?

  • Leave your response!