Allahyarham Meor Abdul Aziz

Monday, December 22, 2008 Leave a Comment

Persoalan ini pernah saya utarakan kepada beberapa rakan Gayong yang lain tetapi tidak pernah mendapat jawapan yang memuaskan. Dalam keluarga Daing Uda, dilahirkan 3 orang anak yang diberi nama Meor Rahman, Meor Aziz dan juga Siti Saadiah.

Allahyarham Meor Rahman amat terkenal sebagai pengembang dan pengasas Silat Seni Gayong bermula di Singapura dan kemudiannya kembali ke Semenanjung Malaya dan pendaftaran dibuat di Johor Bharu.

Manakala Allahyarham Meor Aziz pula dikatakan mengembangkan Gayong di sekitar utara dan banyak mereka yang lama berlatih diutara sebelum Cikgu Abdul Majid Isa menyertai Silat Seni Gayong adalah dilatih oleh anak murid Arwah Meor Abdul Aziz yang dikatakan berpusat di Pulau Pinang. Sebaliknya murid-murid beliau dan murid-murid peringkat Cikgu Abdul Majid Isa hanya diarahkan untuk memperkemaskan permainan silat dengan Meor Rahman sehingga di bawa ke Singapura.

Persoalannya: Siapa Meor Aziz yang gagal diangkat oleh Anak Gayong selaku pengembang Gayong pada tahap yang sepatutnya. Siapa anak isterinya?. Di mana kuburnya?. Di mana pewaris zuriatnya kini?.

Persoalan yang sama ditimbulkan kepada keturunan Siti Saadiah. Adakah anda prihatin mengenai isu ini?

shamsbangi
013-930 7961

3 comments »

  • Sivaji The Boss said:  

    Saya pun tak tahu pasal ni. Saya nampak cikgu sham tanya soalan tu dalam pssgm group tapi takde respon pun. Dok tunggu gak

  • tdpp2008 said:  

    Lambang Gayong yang 2 naga tu merujuk kepada ADMAR dan Allahyaraham Meor Aziz.. Tetapi selepas itu ADMAR minta tukar kepada 1 naga sahaja.. Rasanya memang diakui AMA dan bapa mereka tu sebagai penolong dalam pengembangan SSG..

  • kemuncup said:  

    apa jadi pada mereka eh................ takder org tahu ker nih

  • Leave your response!