Penjenamaan Semula Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya

Thursday, November 27, 2008 Leave a Comment

Program penjenamaan atau mempopularkan lagi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya akan dibuat secara berterusan mulai Disember 2008. Antara langkah yang bakal diambil dalam usaha penjenamaan tersebut adalah melalui penyebaran flyer, pembaikpulihan laman web ini, iklan di kebanyakan ruangan internet, iklan di media seperti Majalah Senibeladiri (mulai Januari 2009) dan beberapa langkah lain yang dianggap sesuai.

Pihak kami berharap Anak Gayong KSSG juga memainkan peranan penting apabila kesemua nombor telefon Anak Gayong yang aktif di Bandar Pusat Puchong akan diletakkan bagi tujuan membantu ke arah matlamat tersebut, selain dalam penyebaran flyer.

Penjenamaan ini tidak menekankan matlamat atau sasaran penyertaan yang lebih ramai kepada mana-mana gelanggang tetapi lebih kepada matlamat untuk memberikan nama baik dan ke-sinonim-an Silat Seni Gayong di kawasan sekitar gelanggang kami (sebagaimana yang dinyatakan di tepi kanan laman ini). InsyaAllah, penyertaan yang lebih ramai akan menyusul kemudian.

Nota: Gambar semasa Jemputan Mandi Minyak di Kampung Melayu Subang.

3 comments »

  • Adik Tuah said:  

    Bila Cikgu nak edarkan flyer tu?

  • Shams "Bangi" said:  

    Dah siapkan lebih kurang 5000 flyer, nak tolong edarkan dalam kawasan awak ke... awak dok UK pun boleh edarkan mat salleh sana..

    Serius ni..

  • Anonymous said:  

    Saya terima email pasal flyer tu dalam adobe. Wah! prmote kemain lagi. Semoga Maju Jaya. Cikgu, boleh minta tolong dalam bab amalan sikit. nanti kawan emailkan. Saya gayong masa 80an tapi kurang arif bab ni.

  • Leave your response!