Sekalung Perhargaan atas Kehadiran Anda

Monday, November 10, 2008 Leave a Comment

Slow & Steady..

Banyak dessert hari tu!

Abg Noor Geting & Cikgu Hazan Mat
..
Pihak KSSG dan Pusaka Gayong Malaysia mengucapkan sekalung penghargaan kepada Anak-Anak Gayong yang sudi bertandang ke Majlis Aidilfitri yang diadakan di gelanggang kami di bandar Pusat Puchong pada 26.10.2008 tempohari.

Kehadiran yang dianggarkan seramai 80 orang pada hari tersebut amat dihargai dan tempoh yang singkat tersebut boleh menjalinkan kembali hubungan rapat antara pesilat lama dan baru serta Anak Gayong daripada gelanggang-gelanggang lain. Malah ribuan terima kasih atas kehadiran Anak Gayong daripada Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) terutamanya wakil daripada Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU).

Pihak kami berharap dengan penganjuran program sedemikian akan merapatkan hubungan semua Anak Gayong bukan sahaja sesama Pusaka Gayong tetapi antara pertubuhan -pertubuhan Gayong yang lain.


Nota: Post pada 22.10.2008 & gambar dimasukkan pada 10.11.2008.

2 comments »

  • Anak Gayong Tumpat 1996 said:  

    Abang Nor tumpat ni ore lama ni. Anak buah kesayangan Cikgu Awang bin Daud, bagus lah kalau dibimbing oleh beliau. Walaupun beliau tak sekolah tinggi kerja pun tak menarik mana, tapi keperibadian sebagai pelajar sekolah pondok jelas nampak. Keperibadian gurulatih pun penting juga.

  • The Chambers of Mohd Hisham Nazir said:  

    Siapa nyer? Boleh kenalkan diri?

  • Leave your response!