,

14.06.2008: Mandi Minyak di Kg Melayu Subang

Sunday, June 15, 2008 Leave a Comment

Pada 2 bulan sebelum majlis tersebut, Cikgu Padil dan mula calling-calling kami dengan memaklumkan mengenai majlis mandi minyak yang bakal diadakan. Sebulan kemudian, surat jemputan rasmi tiba secara serahan tangan oleh Cikgu Padil ke gelanggang kami di Puchong Perdana.

Tahniah atas penganjuran tersebut. Malah pihak kami lebih terharu apabila pihak anda sedia menyediakan tenaga kerja bagi menjalankan upacara yang sama sekiranya pihak kami bersedia untuk menganjurkannya.


Cikgu Shams bersama Pak Ngah Izahar Batu Kurau & Pak Long Subang. Orang lama Gayong kena didekati. Ilmu dicari untuk keberkatan. Masa Depan tiada siapa yang tahu!

Cuma Pak Ngah kena tambah power spek dia, ada ke dia kata Cg Shams main 'sihat'. Iksh! Kalu kata tough ke.. sedap je bunyinya. Sempat juga dia perli Cg Sham ngan Cikgu Rashid (Nilai & Seremban) pasal tangan (detail tak leh bagitahu).

Abang-abang minyak sekalian. Pastikan minyak kering di badan. Kali pertama mandi minyak, kalu boleh jangan mandi untuk 3 hari.. hehehheahah

Cikgu PSSGM dari Subang cuba minyak.. sedap ke tak?.. Cikgu Sham (PSSGM Nilai) jeling je.. kejap lagi turn kita..

Kalau yang depan tu, rasanya Cikgu Derus (org cakap la, siapa dia saya tak tahu) Yang belakang berbatik tu rasanya wakil daripada PSSGM Selangor. Pun saya tak kenal. Ramai Orang lama Gayong turun petang tu. Seronok borak.. Pak Ngah Izahar rindu sampai ambik nombor telefon kita. Bulan 8 kita serbu rumah Pak Ngah Izahar.


Nafiq Zafri dan Along Sazwan tengah buka gelanggang. Lepas ni nak buka baju pulak! Kasi minyak rata. Tak lah seliuh sana sini.


Cikgu Rashid (Nilai & Seremban): Sejuk lah Pak Ngah!
Pak Ngah: Sejuk kalu, terjun dalam kawah la!

(Semua skrip adalah penyedap rasa sahaja)
Celup tangan tu. Celup perabih tangan tu dan sapu kat semua sendi-sendi. Kasi rata. Lepas ni semua buka baju buat satu barisan. Nak sapu badan pulak.

Cikgu Sazali (Taiping) jemputan khas sebagai dalang minyak hari tuh.


Awak gi zoo tengok buaya berjalan ka merangkak!?
MERANGKAKKKKK!

Antara lawak yang dipekenakan oleh Cikgu Sazali semasa ucapan akhir sebelum bersurainya majlis hari tu.

2 comments »

  • MR MATO2 (KG SUBANG) said:  

    PERSATUAN KOMPANG "WARISAN SRI DELIMA"
    (KG MELAYU SUBANG)"
    (017-6197327,012-609 0734,012-2002491)

    HTTP;//WARISAN_SRI_DELIMA@YAHOO.COM
    WWW.WARISAN COMUNITY.COM

    P/S; ""KAMI BUKAN YG PERTAMA..TAPI YG TERBAIK""

  • galak misai said:  

    hehehehhee dia promosi pulak sini. takpe!

  • Leave your response!